00:00Calon Barisan Nasional bagi Dewan Undangan Negeri, RIM, Dato' Kaidirah Abu Zahar meluahkan rasa terkilan terhadap tindakan parti lawan membuat
00:08laporan polis berhubung dawaan penggunaan primis dan aset kerajaan untuk tujuan kempen.
00:13Beliau berpandangan tindakan itu bukan sahaja melibatkan dirinya, malah dibimbangi memberi kesan kepada rakyat yang ingin menerima bantuan.
00:24Kaidirah atau lebih dikenali sebagai Dira berkata, beliau terkilan kerana tindakan parti lawan itu didakwa turut menyusahkan pihak lain termasuk
00:33penerima sumbangan daripada Majlis Perbandaran Jasin, MPJ.
00:37Menurutnya penerima bantuan terpaksa berdepan proses tertentu, susulan laporan berkenaan sekaligus menambah beban kepada mereka.
00:46Laporan polis itu bukan sekadar melibatkan saya seorang, melibatkan ramai orang lain seperti termasuk penerima sumbangan daripada Majlis Perbandaran Jasin.
00:56Jadi saya terkilan dengan tindakan daripada parti lawan yang mana yang bertanding kita berdua.
01:03Janganlah dimasukkan sekali kan, disusahkan terus rakyat.
01:07Orang nak ambil, nak beraya, terima sumbangan dengan niat yang baik.
01:12Bila kalanya mereka terpaksa berhadapan dengan satu proses yang mungkin dilihat ringkas dan mudah tapi berat untuk mereka.
01:19Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas program Walkabout di Taman Seri Merayung pada Selasa.
01:24Mengulas kesan laporan polis itu terhadap kempennya, Dira berkata perkara berkenaan tidak menjejaskan momentum kempennya secara peribadi.
01:32Sebaliknya, beliau akan terus bergerak seperti biasa dengan memberi tumpuan kepada usaha bertemu pengundi serta menyampaikan tawaran dan agenda kepada
01:40rakyat.
01:41Terdahulu, pengurusi BN Melaka, Datuk Seri Abdul Rauf Yusof menjelaskan,
01:45kehadiran Dira di Kompleks Japerun Rim adalah untuk meninjau kawasan pengundian PUS dan bukannya berkempen menggunakan premis kerajaan.