Skip to playerSkip to main content
  • 5 minutes ago
Malaysia akan terus memperluas penggunaan mata wang tempatan dalam perdagangan dan pelaburan rentas sempadan menerusi BRICS bagi mengurangkan kos transaksi serta risiko pertukaran asing.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Malaysia akan terus memperluas penggunaan mata wang tempatan dalam perdagangan dan pelaburan rentas sempadan melalui kerjasama di bawah BRICS.
00:09Kementerian Kewangan berkata langkah itu bertujuan mengurangkan kos transaksi serta risiko pertukaran asing selain memperkukuh daya tahan kewangan negara terhadap
00:18ketidaktentuan ekonomi global.
00:20Menurut Kementerian, penggunaan mata wang tempatan yang lebih meluas mampu meningkatkan kecakapan pengurusan risiko pertukaran asing dan menyokong pembangunan pasaran
00:29kewangan serantau.
00:31Peningkatan urus niaga dalam mata wang serantau termasuk mata wang negara-negara BRICS juga dapat meningkatkan kecairan dan menyokong pembangunan
00:38pasaran pertukaran asing serantau.
00:40Penjelasan itu diberikan menerusi jawapan lisan di Dewa Rakyat menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Marang Tan Sri Abdul Hadi Awang mengenai
00:49usaha Malaysia memperjuangkan pembaharuan sistem kewangan antarabangsa menerusi kerjasama BRICS.
00:55Kementerian maklumkan Malaysia telah melaksanakan beberapa inisiatif bersama rakan dagang utama termasuk kerjasama dengan China bagi memudahkan penggunaan rent minbi
01:04dan ringgit dalam perdagangan dua hala.
01:06Selain itu, Malaysia telah melaksanakan rangka kerja transaksi mata wang tempatan bersama Indonesia dan Thailand bagi mengurangkan kebergantungan kepada mata
01:16wang pihak ketiga.
01:17Menurut Kementerian, usaha memperluas penggunaan mata wang tempatan akan terus diperkukuh melalui penambahbaikan mekanisme dan saluran sediada.

Recommended