Skip to playerSkip to main content
  • 2 minutes ago
Calon Demokrat Abdul El-Sayed berkata beliau memberi tumpuan kepada agenda rakyat Michigan dan bukannya peluang mencipta sejarah sebagai Muslim pertama dipilih ke Senat Amerika Syarikat.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Calon Demokrat bagi kerusi Senat Amerika Syarikat di Michigan, Abdul El-Sayed menegaskan beliau lebih memberi tumpuan kepada agenda dasar
00:09untuk rakyat berbanding kemungkinan mencipta sejarah sebagai Muslim pertama dipilih ke Senat Amerika Syarikat.
00:16Menurut El-Sayed, keutamaan kini adalah untuk mewakili rakyat Michigan dan memperjuangkan dasar yang memberi manfaat kepada negeri itu.
00:26El-Sayed berdepan calon Republikan Mike Rogers dalam perubatan kerusi Senat yang dijangka memberi kesan kepada keseimbangan kuasa politik di
00:34Washington.
00:35Pengundi yang hadir menunjukkan pandangan berbeza mengenai kedua-dua calon ketika proses pengundian berlangsung.
00:40Persaingan menjadi lebih menarik selepas bekas pencabar El-Sayed dalam pemilihan Demokrat, Hailey Stevens, memberikan sokongan mengejut kepada Rogers pada
00:49saat akhir kempen.
00:50Dari segi dana kempen, El-Sayed berjaya mengumpul 54 juta dolar Amerika berbanding 23 juta dolar oleh Rogers.
00:58Namun, Republikan secara keseluruhan membelanjakan dana jauh lebih besar dalam perlombaan berkenaan.
01:04Keputusan di Michigan dilihat penting kerana ia boleh menjadi antara faktor penentu penguasaan kerusi Senat Amerika Syarikat selepas pilihan raya
01:12pertengahan penggal kali ini.
01:13Terima kasih kerana menonton!

Recommended