00:00Persidangan Dewan Rakyat hari ini dijangka menyaksikan beberapa isu penting dibangkitkan oleh ahli-ahli Parlimen meliputi sektor pendidikan tinggi, pengurusan
00:09tabung haji, kemiskinan, pembangunan, kejadasan buatan AI serta hubungan antara kementerian dalam kerajaan.
00:16Menurut aturan mesyuarat, isu berkenaan akan dibangkitkan pada sesi pertanyaan jawab lisan yang dijadual bermula pada 10 pagi.
00:25Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meminta penjelasan kementerian pendidikan tinggi berhubung jaminan kerajaan bahawa pemansohan Akta Universiti
00:34dan Kolej Universiti AUKU tidak akan menyebabkan kelompangan perundangan atau ketidakpastian dalam pentadbiran universiti.
00:42Beliau turut mahu mengetahui prinsip utama yang akan menjadi asas kepada penggubalan One Higher Education Act yang baru.
00:49Sementara itu, Ahli Parlimen Seri Gading Aminul Huda Hassan menggesa Perdana Menteri menjelaskan
00:55bagi 25% syaw suruhanjai siasatan diraja RCI Tabung Haji yang masih belum dilaksanakan.
01:02Beliau turut meminta kerajaan menyatakan tempoh sasaran dan pelan tindakan bagi memastikan semua syaw tersebut dapat disempurnakan.
01:10Di Kedah, isu kemiskinan terus menjadi perhatian apabila Ahli Parlimen Sik Ahmad Tarmizi Sulaiman
01:17meminta Kementerian Ekonomi mengembukakan kadar kemiskinan mutlak dan relatif terkini mengikut daerah termasuk di SIK.
01:25Beliau juga mahu mengetahui intervensi khusus yang akan dilaksanakan menerusi Rancangan Malaysia ke-13 atau RMK13
01:32bagi membantu kawasan yang masih berdepan kemiskinan struktural dan kekurangan peluang pekerjaan.
01:38Dalam perkembangan berkaitan teknologi, Ahli Parlimen Marang Tan Sri Abdul Hadi Awang
01:43meminta Kementerian Digital menjelaskan strategi kerajaan untuk memperkukuh kedaulatan teknologi negara.
01:49Beliau mahu memastikan Malaysia tidak sekadar menjadi pengguna teknologi asing
01:54sebaliknya mampu melahirkan teknologi, data dan bakat kecerdasan buatan tempatan yang berdaya saing.
02:00Persidangan Dewan Rakyat berlangsung selama 37 hari hingga 8 Dezember ini.