00:00Rakyat Amerika Syarikat mula keluar mengundi hari ini bagi pilihan raya pertengahan penggal yang bakal menentukan keseimbangan kuasa politik di
00:07Kongres.
00:08Dari Alaska di utara hingga Texas di selatan, jutaan rakyat Amerika menunaikan tanggungjawab memilih wakil rakyat masing-masing.
00:18Pilihan raya kali ini turut dilihat sebagai penilaian terhadap dua tahun pertama pentadbiran Presiden Donald Trump.
00:24Dalam penggal keduanya, keputusan pilihan raya akan menentukan sama ada Republikan mampu mengekalkan penguasaan di Kongres atau berdepan kebangkitan semula
00:33Parti Demokrat.
00:35Kesemua 435 kerusi Dewan Perwakilan Amerika Syarikat dipertandingkan.
00:39Pada masa sama 35 daripada 100 kerusi Senat turut menjadi rebutan.
00:45Untuk menguasai Dewan Perwakilan, Demokrat perlu menambah sekurang-kurangnya 3 kerusi.
00:49Manakala bagi Senat, mereka memerlukan tambahan 4 kerusi untuk memperolehi majoriti.
00:54Pemerhati politik menjangkakan persaingan paling sengit tertumpu kepada hampir 10 perlombaan Senat yang dianggap mampu menentukan penguasaan Dewan Berkenaan.
01:03Kebanyakan persaingan itu berlaku di negeri yang secara tradisinya menyokong Republikan.
01:08Tinjauan awal menunjukkan Demokrat mempunyai peluang untuk merampas kawalan Dewan Perwakilan, namun keputusan bagi Senat masih terbuka dan sukar diramalkan.
01:19Terima kasih kerana menonton!