Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
Pasukan politik Mike Johnson memberi tumpuan kepada beberapa pertandingan Dewan Perwakilan di Virginia dan Kentucky. Keputusan di kubu kuat Republikan dijangka memberikan gambaran awal sama ada Demokrat mampu mencatat kemenangan besar.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Sementara itu, Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat Mike Johnson akan memantau beberapa pertandingan utama di Pantai Timur sebagai petunjuk awal
00:09prestasi Republican dalam pilihan raya pertengahan Benggal.
00:12Menurut dua sumber yang dipetik CNN, tumpuan khusus diberikan kepada tiga kerusi di Virginia, tempat pengundian ditutup lebih awal pada
00:20malam pilihan raya.
00:24Antaranya kerusi John McGuire di daerah Kongres kelima Virginia yang dibenangi Presiden Donald Trump dengan kelebihan 12 mata peratusan pada
00:322024.
00:33Kekalahan Republican di kawasan itu dijangka menjadi isyarat awal bahawa parti berkenaan berdepan keputusan buruk secara meluas.
00:41Johnson turut memantau penyandang Jen Keegans yang berdepan, persaingan sengit serta Rob Whitman di kawasan yang sedikit memihak kepada Republican.
00:49Di Kentucky pula, prestasi calon Republican, Ralph Alvarado di daerah Kongres ke-6 turut dilihat sebagai petunjuk penting.
00:57Trump memenangi kawasan itu dengan kelebihan 15 mata peratusan pada 2024.
01:03Sumber kedua-dua parti menjangkakan keputusan di kawasan kubu kuat Republican akan memberikan gambaran awal tentang kekuatan sokongan terhadap Demokrat.
01:12Sekiranya, Demokrat mencatat prestasi melebihi jangkaan di kawasan berkenaan, ia boleh menandakan kemenangan besar parti itu.
01:18Sebaliknya, keputusan yang kurang memberangsangkan boleh membawa kepada persaingan lebih rapat.

Recommended