Skip to playerSkip to main content
  • 7 minutes ago
Kementerian telah beberapa kali meneliti kewajaran penggubalan undang-undang tersebut daripada pelbagai sudut termasuk kebolehlaksanaan.
Transcript
00:00Gubalan akta pencemaran jerebu rentas sempadan berdepan dengan cabaran besar khususnya dari segi mendapatkan bukti yang mencukupi serta isu kedaulatan
00:08negara yang boleh menjejaskan keberkesanan penguatkuasaannya.
00:13Menteri Sumber Asli dan Kelestaran Alam Datuk Seri Atta Joseph Kurok berkata cabaran utama ialah mendapatkan maklumat bagi mengenalpasti punca
00:21pencemaran dan pihak yang bertanggungjawab terhadap kebakaran yang menyebabkan jerebu rentas sempadan.
00:29Jelasnya NRES telah berapa kali meneliti kewajaran penggubalan undang-undang tersebut daripada pelbagai sudut termasuk keboleh laksanaan.
00:38Perkara ini termasuk keperluan mendapatkan maklumat mengenai lokasi dan koordinat kawasan kebakaran, pemilikan tanah, pihak yang menjalankan aktiviti di kawasan
00:51berkenaan serta bukti yang menghubungkan sesuatu kejadian kebakaran dengan pencemaran jeremuh yang dialami di Malaysia.
01:01Secara lazimnya, ini semua maklumat yang melibatkan bidang kuasa, kerahsiaan serta kedaulatan negara yang berkenaan.
01:11Oleh itu, sebarang cadangan penggubalan undang-undang baru ini perlu diteliti secara menyeruruh bagi memastikan peruntukannya benar-benar boleh dilaksanakan
01:21dan dikuatkuasa secara berkesan.
01:24Mengelah selanjutnya, otak berkata Malaysia ketika ini terus menggunakan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, Akta 127 sebagai asas pengekuasaan terhadap
01:35pencemaran dan pembakaran terbuka yang berlaku dalam negara.
01:40Di peringkat serantau pula, Perjanjian ASEAN mengenai pencemaran jerebu rentas sempadan kekal sebagai kerangka utama kerjasama negara anggota ASEAN dalam
01:50menangani isu berkenaan.
01:51Perjanjian itu mengiktiraf hak kedaulatan setiap negara, di samping tanggungjawab memastikan aktiviti dalam bidang kuasa masing-masing tidak menyebabkan kerosakan
02:01alam sekitar atau menjejaskan kesihatan rakyat negara lain.

Recommended