Skip to playerSkip to main content
  • 8 minutes ago
Kerajaan akan menambah baik keupayaan aplikasi navigasi tempatan, TuJu, susulan aduan pengguna berhubung prestasinya untuk digunakan sebagai alternatif kepada Waze.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Kerajaan akan menambah baik keupayaan aplikasi navigasi tempatan 7 susulan aduan pengguna berhubung prestasinya untuk digunakan sebagai alternatif kepada WIS.
00:10Menteri Digital Gobin Singh Dio berkata, fungsi aplikasi itu perlu diperkukuh dengan usaha sedang dilaksanakan untuk memperluas perikmatannya melangkaui pemantauan
00:20lebuh raya bagi menyediakan maklumat trafik yang lebih menyeluruh.
00:24Ini sebenarnya apps untuk melihat kepada aliran di lebuh raya-lebuh raya yang kita ada, keadaan-keadaan di tol, R
00:33&R, CCTV yang boleh menunjukkan keadaan kesesakan dan sebagainya.
00:37Tapi sekarang ini dalam proses diperkembangkan supaya ini lebih luas untuk juga memberikan perkhidmatan luar daripada lebuh raya-lebuh raya
00:46khususnya untuk membolehkan aliran trafik menuju ke lebuh raya-lebuh raya tertentu dan sebagainya.
00:53Memang saya setuju, seperti mana disebutkan oleh Bentong, ramai yang telah pun menyatakan bahawa mereka ini melihat perkhidmatan ini perlu
01:01kita perkukuhkan lagi.
01:03Itu adalah satu perkara yang dalam perhatian kita.
01:05Bagaimanapun Gobin menjelaskan, kerajaan tidak menghadkan penggunaan aplikasi navigasi kepada tuju sahaja.
01:11Sebaliknya pengguna masih boleh menggunakan aplikasi lain seperti Google Maps.
01:15Larangan berkenaan hanya terpakai kepada urusan rasmi kerajaan dan perkhidmatan awam atas pertimbangan keselamatan data serta perundangan termasuk arahan supaya
01:25WIS dinyah pasang bagi tujuan berkenaan.

Recommended