Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
Menteri Ekonomi, Akmal Nasir berkata, ia bagi menyusun semula pembangunan industri, merangkumi bekalan, penetapan harga dan kawal selia pasaran.
Transcript
00:00Harga minyak sawit mentah MSM dijangka kekal melepasi RM4,600 satu tan pada November ini disokong penurunan pengeluaran bermusim dan
00:09juga penggunaan biodiesel berterusan.
00:11Menurut Majlis Minyak Sawit Malaysia MPOC, pengeluaran MSM Malaysia dijangka berkurangan dalam tempoh 5 bulan akan datang selepas mencapai kemuncak
00:21pada September lalu dan sekaligus menyokong harga komoditi itu pada suku keempat 2026.
00:30Ujarnya pengeluaran minyak sawit meningkat 16.4% kepada 2.11 juta tan pada September disokong peningkatan hasil buah tandan
00:39segar, BTS dan kadar perahan minyak OER lebih baik.
00:43Bagaimanapun, pengeluaran dijangka memasuki fasa penurunan bermusim selepas mencapai paras tertinggi tahun ini pada September.
00:51Jelasnya lagi, paras stok minyak sawit Malaysia juga dijangka terus merosot dari November 2026 hingga Februari 2027.
00:58Sekaligus memberikan sokongan tambahan kepada harga MSM.
01:02Selain faktor pengeluaran, harga tenaga yang tinggi turut menyokong pasaran minyak sayuran global kerana menggalakkan penggunaan biodiesel khususnya di Indonesia.
01:10Pada masa sama, gabungan pengusaha kelapa sawit Indonesia berkata penggunaan minyak sawit Indonesia bagi pengeluaran biodiesel mencecah paras tertinggi bulanan
01:19sebanyak 1.35 juta tan pada Ogos 2026, iaitu 75% lebih tinggi berbanding penggunaan bagi tujuan makanan.
01:28Jumlah itu, bersamaan keperluan minyak sawit kira-kira 16 juta tan setahun, menunjukkan Indonesia berada pada landasan melaksanakan sepenuhnya mandat
01:37campuran biodiesel B50.
01:39Sementara itu, MPOC menjangkakan ekspor minyak sawit meningkat dengan getara sepanjang Oktober hingga Disember ini, disokong ketersediaan kapal yang semakin
01:48baik dan bekalan minyak sayuran alternatif yang lebih terhad.
01:51Ekspor minyak sawit terkumpul Malaysia meningkat 4.3% tahun ke tahun dalam tempoh 9 bulan pertama 2026, meskipun ekspor
02:00pada September merosok 12.1% kepada 1.12 juta tan.

Recommended