Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Seorang buruh mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Pasir Mas atas tiga pertuduhan termasuk dua perbuatan khianat di sebuah masjid di Kampung Berangan, Tumpat, Kelantan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Seorang buruh mengaku bersalah di Mahkamah Magistrik Pasir Mas atas tiga pertuduhan termasuk dua perbuatan kianat di sebuah masjid di
00:08kampung Berangan, Tumpat, Kelantan.
00:10Manjais Singh, Syukdev Singh yang berusia 38 tahun membuat pengakuan itu di hadapan Magistrik Said Farid Said Ali selepas pertuduhan
00:19dibacakan.
00:22Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa memecahkan cermin dan merosakkan kapet masjid dengan menyimbah cecair berbau busuk.
00:28Dengan mengetahui bahawa penganut Islam akan menganggap perbuatan itu suatu keaiban kepada agama.
00:34Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 295 Kanun Kesiksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya
00:43sekali.
00:44Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa menceroboh masuk ke masjid terbabit dengan niat melakukan satu perbuatan yang menyalahi undang-undang.
00:52Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 448 Kanun Kesiksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau dengan denda RM5,000 atau
01:02kedua-duanya sekali.
01:04Kedua-dua perbuatan itu dilakukan pada 5 Oktober lalu pada pukul 4.35 minit pagi di Masjid Al-Aziz Al
01:12-Hadi, kota SPP Warisan di kampung Berangan Tumpat.
01:15Mahkamah menetapkan 23 November depan untuk menjatuhkan hukuman bagi dua pertuduhan ini dan membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 sementara
01:25menunggu tarikh itu.
01:26Sementara itu tertuduh juga didakwa memberikan kepada dirinya sendiri dadah jenis metafetamin.
01:32Mahkamah kemudiannya membenarkan ikat jamin RM2,500 dengan seorang penjamin dan mahkamah menetapkan 20 Januari depan untuk laporan kimia.
01:40Dalam kejadian 5 Oktober lalu, media melaporkan Masjid Al-Aziz Al-Hadi, kota SPP Warisan, kampung Berangan, dimasuki seorang lelaki
01:50sambil membawa sebuah tong sebelum menuang cecai berwarna coklat kehijauan di ruang solat lelaki termasuk meja ceramah.
01:57Cecai itu dipercayai campuran najis binatang, bulu, serpihan tulang serta ulat dan pihak kontraktor pencuci terpaksa melakukan proses sertu di
02:08hampir keseluruhan ruang di tingkat bawah masjid terbabit.
02:11Terima kasih kerana menonton!

Recommended