00:00Seorang buruh kasar mengaku bersalah di Mahkamah Magistret Pasir Mas pada Khamis atas pertuduhan melakukan hianat dengan menyimbah cecair berbau
00:09busuk pada karpet sebuah masjid ditumpat.
00:13Tertuduh Manjah Singh Shukdif Singh, 38 tahun, turut mengaku bersalah atas pertuduhan mengambil dadah.
00:19Tertuduh didakwa di hadapan Magistret Said Farid Said Ali.
00:23Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa memecahkan cermin masjid dan merosakkan karpet dengan menyimbah cecair berbau busuk serta mengetahui perbuatan itu
00:33akan dianggap sebagai suatu keaiban kepada agama Islam.
00:37Kesalahan itu didakwa dilakukan di Masjid Al-Aziz Al-Hadi, kota SPP Warisan pada jam 4.35 pagi 5 Oktober
00:46lalu.
00:46Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 295 Kanun Kesiksaan.
00:50Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa menceroboh masuk ke masjid berkenaan dengan niat melakukan suatu perbuatan yang menyalahi undang-undang pada
01:00masa dan tarikh sama.
01:01Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 448 Kanun Kesiksaan dan Mahkamah menetapkan 20 Januari tahun depan untuk laporan kimia.
01:11Sebelum ini, Akbar melaporkan perbuatan hianat yang dirakam kamera lita tertutup itu menyebabkan karpet masjid terpaksa dibersihkan dan disertu.
01:19Bagaimanapun, karpet berkenaan masih mengeluarkan bau busuk dan terpaksa diganti baharu.