00:00Malaysia berhak menentuk tindakan berkesan daripada Indonesia bagi menangani pencemaran rentas sempadan yang menjejaskan kesihatan dan juga kesejahteraan rakyat.
00:09Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Seriata Joseph Kurok berkata,
00:13Malaysia menghormati hubungan baik dengan Indonesia, namun mengharapkan negara jiran itu mempercepat usaha mengawal kebakaran hutan dan tanah,
00:21serta mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang bertanggungjawab.
00:28Pendirian Malaysia adalah jelas. Kita menghormati hubungan baik dengan Indonesia tetapi kita juga berhak menuntut tindakan yang berkesan apabila pencemaran
00:41rentas sempadan menjejaskan rakyat kita.
00:45Kebakaran mesti dikawal, pencemaran mesti dikurangkan dan rakyat mesti dihubungi.
00:52Kita mengambil maklum pandangan dan cadangan.
00:57Mengulas lanjut beliau berkata, Malaysia akan terlebih dahulu membawa isu berkenaan ke peringkat ASEAN menerusi mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN
01:04yang dijadual berlangsung di Manila pada awal November ini.
01:08Keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Jemaah Menteri minggu lepas dengan Kementerian Luar Negeri akan membangkitkan isu berkenaan bagi mengusahakan penyelesaian
01:16melalui kerangka serantau.
01:17Autor menambah, Menteri Luar Negeri Datuk Seri Muhammad Hassan akan memaklumkan perkembangan hasil mesyuarat berkenaan sebelum kerajaan menentukan tindakan selanjutnya.
01:26Dalam pada itu beliau menjelaskan Malaysia telah mengemukakan cadangan diplomasi sains dan dana jerebu mampan menerusi mekanisme ASEAN bagi memperkukuh
01:36usaha pencegahan, kesiapsiagaan dan pemantauan di peringkat serantau.
01:40Terima kasih telah menonton!