Skip to playerSkip to main content
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Fuziah Salleh berkata kerajaan memandang serius penjualan barangan dari luar negara menerusi platform dalam talian pada harga terlalu rendah yang berpotensi menjejaskan industri tempatan.

Isu predatory pricing itu sedang diteliti secara terperinci dan dijangka dimasukkan dalam rang undang-undang yang akan dibentangkan kelak.

#AWANInews #SisiTVParlimen #DewanRakyat

Category

🗞
News
Transcript
00:00...berat berkenaan dengan barang daripada luar yang dibawa masuk ke dalam negara, terutamanya yang menggunakan platform atas talian.
00:11Dan yang paling kita takut ataupun risau dan banyak aduan ialah apabila mereka menawarkan predatory pricing ataupun harga yang memang
00:21gila-gila yang boleh membunuh industri tempatan.
00:28Jadi ini sudahpun dipandang serius dan pihak kerajaan baru-baru ini ada melihat secara detail berkenaan dengan perkara ini.
00:38Dan kita juga harus melihat sama ada boleh kita masukkan sekali di dalam rang undang-undang yang kita akan bawa
00:47nanti. Terima kasih.

Recommended