Skip to playerSkip to main content
  • 46 minutes ago
Malaysia menegaskan komitmen memperkukuh kerjasama keselamatan serantau menerusi hubungan erat dan persefahaman antara negara ASEAN dalam usaha menangani jenayah rentas sempadan serta mengekalkan keamanan rantau.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Seterusnya, Malaysia kekal komited memperkukuh kerjasama keselamatan serantau menerusi hubungan erat dan persefahaman antara negara anggota ASEAN dalam usaha memastikan
00:09keamanan serta kestabilan rantau ini terus terpelihara.
00:13Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata hubungan baik antara negara anggota ASEAN bukan sahaja penting di meja
00:20rundingan tetapi juga melalui persahabatan dan persefahaman.
00:27Beliau berkata perkara itu turut diterjemahkan menerusi mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN mengenai jenayah rentas sempadan ke-20 AMMTC yang melabuhkan
00:36tirainya di Makati City, Filipina.
00:38Saifuddin Nasution berkata majlis makan malam gala bersempana dengan penutupan AMMTC malam tadi turut membuka ruang kepada beliau untuk beramah
00:47mesra, bertukar pandangan serta cenderamata dengan rakan sejawat dari negara anggota ASEAN.
00:52Beliau berkata majlis yang berlangsung dalam suasana mesra dan santai itu turut diserikan dengan persembahan kebudayaan yang mengetengahkan keunikan serta
01:01kekayaan warisan seni Filipina selaku tuan rumah.
01:05Saifuddin Nasution juga menghargai komitmen seluruh pasukan KDN termasuk petugas di belakang takbir yang memastikan penyertaan delegasi Malaysia pada AMMTC
01:14ke-20 berjalan dengan lancar.

Recommended