00:00Empat negara Islam iaitu Turki, Qatar, Indonesia dan Pakistan menandatangani memerandam kerjasama pertahanan yang dikenali sebagai badar bagi memperkukuh kerjasama
00:09ketenteraan dan membangunkan perkongsian strategik.
00:12Menurut sumber OITES, perjanjian itu dimeterai di Doha oleh Menteri Pertahanan Turki, Timbalan Perdana Menteri, Merangkap Menteri Hal Ehwal Pertahanan
00:20Qatar, Timbalan Menteri Pertahanan Indonesia dan Menteri Pertahanan Pakistan.
00:28Antara lain, Memorandum itu bertujuan menggalakkan kerjasama dalam pengeluaran ketenteraan, memperkukuh keupayaan pertahanan serta meningkatkan kerjasama melibatkan latihan teknikal, penyelidikan
00:39dan pembangunan.
00:40Kementerian Pertahanan Turki berkata inisiatif itu teruk menyokong pembangunan sektor industri pertahanan yang selari dengan kemajuan sistem ketenteraan modern.
00:48Memorandum berkenaan juga mempunyai kepentingan ekonomi kerana menggabungkan keupayaan pengeluaran ketenteraan keempat-empat negara serta memperkukuh integrasi industri pertahanan masing
00:59-masing.
01:00Melalui perjanjian itu, negara terlibat akan melaksanakan projek bersama dalam bidang pengeluaran, perkongsian teknologi, penyelidikan dan pembangunan serta latihan ketenteraan
01:09teknikal.
01:09Satu mekanisme dua peringkat akan ditubuhkan bagi menyelaras projek tersebut merangkumi lembaga eksekutif dan lembaga strategik yang akan menetapkan keutamaan
01:19dan garis masa pelaksanaan.
01:21Turki dijangka mengambil peranan terbesar dalam kerjasama ini berdasarkan keupayaan dan teknologi industri pertahanan yang dibangunkan sejak beberapa tahun kebelakangan.
01:30Terima kasih telah menonton!