Skip to playerSkip to main content
  • 7 minutes ago
Sebanyak 20 kawasan merekodkan IPU tidak sihat setakat 6 pagi. Pasir Gudang mencatat bacaan tertinggi, mencetuskan kebimbangan terhadap kualiti udara di beberapa negeri.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Sebanyak 19 kawasan di seluruh negara mencatat bacaan indeks pencemaran udara IPU pada tahap tidak sehat setakat 11 pagi ini.
00:08Menurut Portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia, beberapa kawasan di Johor merekodkan bacaan tertinggi dengan pasir gudang 181.
00:17Ini diikuti Lakin 176, Kota Tinggi 168, Pengerang 166 dan Batu Pahat 162.
00:25Beberapa kawasan di Pahang dan Melaka juga disenarai dalam IPU tidak sehat.
00:30Ini termasuk masing-masing Balut Baru Kuantan dan Bandar Raya Melaka 161, manakala Bukit Rambai 160 dan Rompin 158.
00:39Di Sarawak, hanya satu kawasan merekodkan IPU tidak sehat iaitu Seri Aman dengan bacaan 169.
00:45Sementara itu, 46 kawasan merekodkan bacaan IPU sederhana, manakala tiga kawasan catat bacaan IPU baik.
00:52Bacaan IPU antara Sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sehat, 201
01:01hingga 300 sangat tidak sehat, manakala bacaan melebihi 300 berada pada tahap berbahaya.
01:07Terima kasih telah menonton!
01:08Terima kasih telah menonton!

Recommended