00:00Pertubuhan bangsa-bangsa bersatu mengutuk sekeras-kerasnya serangan berterusan kumpulan huti ke atas Arab Saudi yang menyasarkan orang awam dan
00:08infrastruktur penting negara itu.
00:11Setiausaha agung PBB Antonio Guterres mengecam insiden itu dan berkata serangan terhadap orang awam dan kemudahan awam merupakan pelanggaran undang
00:19-undang antarabangsa yang tidak boleh diterima.
00:24Juru cakap PBB Stefan Dujaric berkata, pesuduk jaya tinggi hak asasi manusia PBB Volker terturut melahirkan rasa terkejut dengan serangan
00:33berulang yang menyasarkan lapangan terbang di Arab Saudi.
00:36Menurut beliau, PBB terus memantau rapat perkembangan konflik yang semakin meruncing di Yemen dan rantau sekitarnya.
00:43Guterres juga menyorakan kebimbangan mendalam terhadap peningkatan aktiviti ketenteraan yang boleh memburukkan lagi keadaan keselamatan dan kemanusiaan di Yemen.
00:51Beliau menggesa semua pihak yang terlibat supaya menunjukkan sikap menahan diri dan mengelakkan sebarang tindakan yang boleh mencetuskan peningkatan konflik.
00:59Selain itu, beliau menyeru semua pihak mematuhi kewajipan di bawah undang-undang kemanusiaan antarabangsa termasuk melindungi orang awam dan mengelakkan
01:07serangan terhadap infrastruktur awam.
01:10Beliau turut mengingatkan bahawa segala operasi ketenteraan perlu mengambil kira keselamatan penduduk awam dan harta benda awam.