Skip to playerSkip to main content
  • 20 hours ago
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail tidak menolak kemungkinan data pelarian yang dikumpulkan menerusi Sistem DPP digunakan bagi memenuhi keperluan tenaga kerja dalam sektor ekonomi tempatan.

Langkah itu boleh dipertimbangkan dengan mengenal pasti pelarian dalam usia produktif yang melepasi tapisan keselamatan, susulan keperluan tenaga kerja dalam sektor pembuatan, perladangan, pertanian, pembinaan dan perkhidmatan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Apakah pada akhirnya pendataan di bawah DPP ini laluan untuk dia bekerja?
00:07Saya beri keadaan begini dalam negara kita.
00:10Di satu sisi, ada lima sektor ekonomi yang memerlukan pekerja.
00:16Pemerintahan ekonomi letakkan shilling, pekerja asing boleh dibawa masuk.
00:22Di bawah rancangan Malaysia ketiga, jumlahnya tak boleh melepasi 10% daripada guna tenaga.
00:28guna tenaga kita 17 juta, sepanjang RMK 13, 1.7 juta adalah shilling.
00:36Bagi lima sektor ekonomi, pembuatan, perladangan, pertanian, pembinaan dan juga perkhidmatan.
00:47Dan lima sektor ekonomi ini kalau tak ada pekerja asing, maka dia bagi kesan kepada ekonomi kita.
00:54Maksudnya tak ada orang yang nak pergi kait sawit ke, nak susun bata ke, itu realitinya.
01:00Setiap tahun, KDN antara agensi kawasan dia, yang ikut terlibat dalam memutuskan tentang status kelulusan pekerja asing sebagainya.
01:08Itu satu sisi.
01:09Di satu sisi lain, kita ada 225 ribu yang UNSCR kata berstatus pelarian.
01:15depan mata kita.
01:18Jadi, idea besarnya.
01:20Idea besar, belum jalan lagi.
01:23Kalau lah kita boleh kumpulkan data, 225 ribu orang ini, kemudian kita pisahkan yang mempunyai julat umur yang masih produktif.
01:32Umur 20, 25, 30, masih produktif.
01:36Yang telah kita tapis, kita ada datanya.
01:41Jadi, hasrat kita adalah keperluan tenaga kerja tak semestinya kita ambil daripada luar.
01:50Saya bagi contoh, katalah pasir gudang ada ladang sawit, perlukan 100 pekerja.
01:55Ada dua pilihan.
01:56Nak ambil daripada Bangladesh dan bayar segala macam kos ataupun semak dengan data pendaftaran pelarian kami.
02:04Yang memang dah ada, umpamanya.
02:06Itu keputusan yang akan kita buat.
02:09Buat masa ini, saya tidak menolak kemungkinan laluannya ke situ bagi memenuhi keperluan tenaga kerja yang real di hadapan kita.

Recommended