Skip to playerSkip to main content
  • 7 hours ago
Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan pendirian Malaysia untuk terus menyokong perjuangan rakyat Palestin dan mengecam sebarang tindakan yang melanggar undang-undang antarabangsa.

Beliau berkata sokongan antarabangsa terhadap penubuhan negara Palestin semakin meluas, dengan 160 negara menyokong usaha berkenaan, selain kejayaan ASEAN mengeluarkan kenyataan bersama mengutuk keganasan di Palestin semasa Malaysia mempengerusikan pertubuhan itu tahun lalu.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Gaza ini kalau nak katakan, ataupun Palestine ini, Tansi Putua, dia bukannya tiga tahun ini.
00:11Kekejaman terhadap rakyat Palestine, terutamanya di kawasan Gaza dan Tebing Barat ini, Tansi Putua bermula sejak pendepatan haram
00:21ataupun penubuhan rejim Zionis di Palestine, pendepatan mereka.
00:30dan ditubuhkan negara di sana.
00:31Sejak itulah bermulanya penderitaan dan kekejaman terhadap rakyat Palestine.
00:38Maka Malaysia mempunyai pendirian terhadap undang-undang menterabangsa.
00:47Sebagai sebuah negara merdeka, Malaysia mengutuk dan mengecam.
00:51siapa sahaja, negara mana sahaja yang telah pun melakukan kekejaman dan melanggar undang-undang menterabangsa.
01:01Dan sokongan negara kita terhadap perjuangan rakyat Palestine ini dah lama dah.
01:06daripada dulu lagi, kita konsisten Tansi Putua dan tak pernah berganjak.
01:12Walau apa jua yang tekanan yang dikenakan secara langsung ataupun tidak langsung,
01:18Malaysia tidak pernah berganjak daripada menyatakan sokongan terhadap perjuangan dan penderitaan yang dihadapi oleh rakyat Palestine.
01:29Jadi kita mempunyai dasar luar yang begitu tegas, yang begitu lantang.
01:37Dan kelantangan kita, ketegasan kita ini mendapat banyak sokongan daripada masyarakat antarabangsa.
01:46Sehinggakan pada yang terkini Tansi Putua,
01:50daripada beberapa buah negara sahaja yang mulanya dulu menyokong tentang penubuhan negara Palestine ini,
01:59sekarang dah dapat 160 buah negara yang menyokong dan bersetuju supaya Palestine itu dijadikan sebagai ahli bangsa-bangsa bersatu.
02:11Banyak negara itu. Baru-baru ini di dalam Parlimen, British Parlimen ataupun Parlimen Negara United Kingdom,
02:21begitu jelas sekali penerangan dan perbahasan di dalam Parlimen tersebut,
02:26Perdana Menteri United Kingdom yang baru dan Menteri Luar yang baru telah menyatakan bahawa mereka memberikan sokongan kepada perjuangan rakyat
02:38Palestine
02:38dan telah pun mengenakan sekatan kepada barang-barang yang dikeluarkan daripada kawasan yang diduduki secara haram oleh peneroka-peneroka haram
02:54Israel Rejim Zion Israel di Tebing Barat.
02:58Itu sebabnya dia punya kedutaan di sana pun telah pun diminta ditutup.
03:05Begitu sekali. Jelas sekali bahawa perubahan sokongan dunia terhadap Palestine ini telah jelas.
03:13Termasuk juga dalam negara-negara berdekatan baik-baik dengan kita.
03:17ASEAN tak pernah dapat mengeluarkan satu statement bersepadu tapi semasa kepengurusan kita tahun lepas,
03:25ASEAN telah dapat mengeluarkan satu statement bersama, joint statement,
03:28untuk mengutuk dan juga mengecam keganasan Palestine di sana.

Recommended