Skip to playerSkip to main content
Menteri Ekonomi berkata PMKS dengan hasil jualan tahunan di bawah RM50 juta akan dikecualikan daripada pelaksanaan gaji minimum RM2,000 mulai Jun 2027.

Beliau berkata sekiranya pelaksanaan gaji minimum menyebabkan penstrukturan syarikat dan menjejaskan pekerja, mereka akan dilindungi melalui Sistem Insurans Pekerjaan (SIP), termasuk elaun mencari pekerjaan sehingga enam bulan.

#AWANInews #SisiTvParlimen #DewanRakyat

Category

🗞
News
Transcript
00:00Berdasarkan belanjawan 2027 yang telahpun dibentangkan oleh Yamak Bohmat Perdana Menteri pada 9 Oktober yang lalu,
00:08kita telahpun membuat ketetapan bahawa kadar gaji minimum itu ditingkatkan daripada RM1,700 kepada RM2,000
00:18yang mana peningkatan kadar gaji minimum ini dijangka akan memberi manfaat kepada lebih 4 juta orang pekerja.
00:27Bagi memastikan kenaikan kadar gaji minimum ini tidak membebankan perusahaan mikro, kecil ataupun sederhana, PMKS
00:39yang merangkumi 8.09 juta pekerja atau 48.7% daripada keseluruhan tenaga kerja,
00:47PMKS dengan hasil jualan di bawah RM50 juta akan dikecolikan bagi memberi ruang kepada mereka untuk penyesuaian model perniagaan.
01:00Langkah ini penting supaya kita dapat pastikan juga majikan menyusun semula kewangan mereka
01:08dan juga memastikan operasi perniagaan tanpa perlu mengambil langkah drastik termasuk perbehentian pekerja.
01:16Penguatkuasaan terhadap perintah gaji minimum baharu oleh Jabatan Tenaga Kerja Semelayu Malaysia,
01:24lepas itu JTK Sabah dan juga JTK Sarawak akan dibuat selaras dengan Akta Majlis Perundingan Gaji Negara.
01:33Dan sekiranya berlaku ketidakpatuhan, pekerja boleh memfailkan aduan ataupun mana-mana majikan yang ingkar
01:43boleh dikenakan tindakan undang-undang seperti yang termaktub dalam Akta 732.
01:49Sekiranya penyesuaian kadar gaji minimum tersebut menyebabkan penstrukturan semula syarikat
01:55sehingga berlaku contohnya perbehentian pekerja, pekerja yang terjejas dan dilindungi oleh sistem insurans pekerjaan ataupun SIP
02:06adalah layak untuk menuntut faedah SIP termasuk allowance mencari pekerjaan yang mana untuk menampung kelangsungan hidup mereka sehingga 6 bulan.
02:16Berhubung mengenai keadaan harga barang dan juga kuasa hari hidup,
02:23kita dapati bahawa pertimbangan juga kita lihat kadar inflasi sebagai contoh untuk tahun 2024
02:30yang mana menjadahana sekitar 1.8%, 2025 dia menurun ke 1.4%
02:38manakala untuk tahun 2026 kita tahu bahawa dengan keadaan krisis dan sebagainya
02:44ianya masih terkawal pada 1.7% untuk suku pertama dan sekitar 1.9% untuk suku kedua.
02:52manakala kalau kita lihat dari segi inflasi makanan, ianya sekitar 1.4% bagi Mei, Jun serta 1.8%
03:02hingga 1.9% untuk Julai dan Ogos.
03:05Sementara itu, kita lihat juga indikator pertumbuhan KDNK yang terus kukuh 54% suku pertama,
03:146% suku kedua yang mana untuk separuh masa pertama ini, kadar KDNK kita 58%.
03:21Seterusnya, Tansi Ender Pertua, dua poin lagi, untuk dari segi memastikan pelaksanaan gaji minimum ini
03:29tidak memberi kesan kepada kenaikan harga barang yang mendadak,
03:34kerajaan komited untuk stabilkan harga barangan keperluan melalui penguatkuasaan
03:39yang lebih ketat di bawah Akta Kewalian Harga dan Anti-Percatutan,
03:44dan juga dari segi kekerapan program jualan Rahmah Madani dan juga kita ada salurkan
03:52peruntukan untuk jualan Agro Madani yang mana untuk tahun depan kita sasarkan RM50 juta
03:57untuk RM5,000 program jualan Agro Madani dan juga RM30,000 program jualan Rahmah Madani
04:04dengan perbelanjaan atau peruntukan RM700 juta.
04:08Sekian terima kasih Tansi Ender Pertua.

Recommended