00:00Terima kasih, Tansi Speaker. Terima kasih kepada yang berhormat.
00:03Dari segi persoalan bagaimana kita tingkatkan produktiviti, rekod menunjukkan ketika ini dari segi produktiviti yang berlaku dari segi pengeluaran ataupun
00:19produktiviti negara memang meningkat, menunjuk peningkatan yang baik.
00:23Tapi pada masa yang sama, pergerakan gaji itu tidak berlaku seiring dengan selaju produktiviti. Itu satu komponen.
00:32Tetapi akan ada yang mengatakan bahawa produktiviti itu bukan semata-matanya datang daripada pekerja. Contohnya sumbangan modal yang disalukan oleh
00:44majikan. Contohnya penggunaan teknologi.
00:47Maka produktiviti itu memang secara kesuai kita kena tingkatkan. Pada masa yang sama, satu lagi benchmark yang kita teliti adalah
00:57pulangan kepada pekerja.
00:59Sasaran kita untuk 2030, kita nak naikkan compensation to employers ini, CE ini kepada 40%.
01:07Ketika ini, kadarnya sekitar 33.9%.
01:12Maka disebab itu kita percaya bahawa ruang untuk pulangan kepada pekerja itu dari segi kerangka pertumbuhan ekonomi negara itu masih
01:25ada ruang untuk pulangan itu dilebihkan lagi kepada pekerja.
01:31Cuma bagaimana untuk kita meliliti satu perkara yang berhormat sebut tadi dari segi gaji progresif.
01:39Dasar gaji progresif ini memang kita telah perkenalkan dari segi sasarannya 50,000 orang pekerja yang kita sasarkan.
01:49Tetapi kita terlebih sikit dalam hampir mencecah dekat 51,000 orang pekerja yang mendapat manfaat, majikan sekitar dalam 4,000
01:58lebih majikan.
01:59Yang mana majikan ini beri insentif supaya gaji pekerja mereka itu dinaikkan dan tempoh dasar gaji progresif yang sedang berlaku
02:10ini akan berakhir pada tahun 2027.
02:14Maka ketika ini dasar gaji progresif sedang berjalan.
02:20Sebab itu seperti mana yang saya telah nyatakan dalam Dewan Yang Mulia ini, kita juga dalam proses mengkaji keberkesanan kaedah
02:30pelaksanaan dasar gaji progresif ini
02:33untuk memastikan permasalahan struktur yang menyekat ataupun yang menyebabkan pergerakan kenaikan gaji kita yang agak mendata ini kita cuba cari
02:45jalan untuk tingkatkan lagi.
02:46Maka sebab itu usaha untuk kita menilai the structural problem dengan izin ini perlu berlaku dari semasa ke semasa.
02:55dan insyaAllah setelah hasil kajian dasar gaji progresif itu kita dapat, itu kita akan buat penilaian yang lebih menyeluruh.
03:04Terima kasih.