00:00Seberau, masalah pelarian ini satu masalah legasi yang berlarutan berdekad lamanya, hampir tiada penyelesaian.
00:20Hari ini, kita tampilkan satu tekad politik kita nak selesaikan dan selesaikan secara tuntas, secara berterusan.
00:32Dan, kalau tak selesai, dia akan bagi beban kewangan pada kerajaan, dia ada kesan sosial, kesan ekonomi, kesan politik, bahkan
00:40kesan keselamatan.
00:43Pelarian ini, Tuan Si Pertua, bila dia berada dalam negara kita, dia ada tiga jahala tuju dia.
00:48Yang pertama, kalau dia berjaya ditempatkan di negara ketiga, Australia, New Zealand, Kanada, ini negara yang ambil.
00:57Yang kedua, kalau dia secara sukarela, nak balik.
01:02Macam baru ini, kita hantar balik, lebih kurang 1,400, mereka nak balik.
01:08Yang ketiga, selama mereka berada di sini, tapi kalau mereka melanggar undang-undang, itu kita ambil tindakan.
01:15Kemudian kita akan usir.
01:17Mesir Dibetua, terima kasih terberau.
01:21UNHCR beritahu kita, di negara kita ini ada 225,000 pelarian.
01:27Itu data UNHCR.
01:29Tapi saya dan Menteri Luar, kita faham.
01:31Data itu, data mentah.
01:33Kita tak tahu nama dia, dia berada di mana, umur dia berapa, jantina dia.
01:39Apakah mereka yang diberi status pelarian oleh UNHCR ini ada tapisan keselamatan.
01:45Kita tak ada maklumat itu.
01:48Maka, kita buat keputusan, kajian buat keputusan, kita kena buat pendataan kita sendiri.
01:54Jadi, DPP adalah satu proses pendataan.
01:57Kumpul data.
01:59Namanya, umurnya, kemudian lokasi keberadaannya, ada tapisan polis ke atas mereka ini, ada tapisan immigration,
02:10kita buat sistem biometrik, segala macam.
02:13supaya kita ada satu data yang kredibel.
02:16Data ini, Tansyida Pertua, adalah satu instrumen keselamatan.
02:20Dia bukan hanya sekadar pengkalan data.
02:22Daripada situ, kita boleh buat satu dasar awam.
02:25Kita boleh kenalpasti mekanisme penguatkuasaan undang-undang.
02:32sasaran kita adalah, pelarian ini ada yang kita dah tempatkan di depo tahanan immigration.
02:40Jadi, untuk DPP fasa pertama yang bermula Januari tahun ini,
02:44untuk yang berada dalam depo, kita sasarkan lebih kurang 4,000.
02:494,010 orang.
02:50Itu sasaran kita.
02:52Maksudnya, kita akan temuduga mereka, soalan polisnya, soalan immigrationnya.
02:58Kemudian, kita akan buat keputusan.
03:00Sama ada mereka ini adalah pelarian mengikut unjuran, mengikut pertimbangan kita.
03:07Tapi, yang di luar depo immigration, bagi tahun ini, kita unjurkan 2,000.
03:11Jadi, keseluruhannya lebih kurang 6,000.
03:16Sasaran kita bagi tahun ini.
03:17Tapi, tahun depan, setelah proses ini kita dah mahir,
03:23tahun depan, kita tingkatkan unjuran kita sehingga 20,000.
03:26Jadi, untuk makluman tebrau tadi,
03:29kalau di luar sana ada 225,000.
03:31Yang kita dulukan DPP ini adalah yang istilahnya low hang fruit.
03:37Yang memang dah ada dalam depo kita.
03:39Kita dulukan yang itu.
03:40dan yang di luar juga, kita ada unjuran yang telah saya nyatakan tadi.
03:45Terima kasih.