Skip to playerSkip to main content
  • 6 hours ago
Kerajaan tidak menolak kemungkinan memanfaatkan pelarian berdaftar bagi memenuhi keperluan tenaga kerja dalam sektor ekonomi tertentu.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Kerajaan tidak menolak kemungkinan memanfaatkan pelarian berdaftar bagi memenuhi keperluan tenaga kerja dalam sektor ekonomi tertentu.
00:08Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, perkara itu boleh dipertimbangkan selepas proses pendataan dan tapisan keselamatan dilaksanakan.
00:19Menurut Saifuddin, Malaysia masih memerlukan tenaga kerja asing dalam lima sektor utama, iaitu pembuatan, perkhidmatan, pertanian, pembinaan dan perladangan.
00:30Katanya data lengkap mengenai pelarian yang berada di negara ini boleh membantu kerajaan menilai potensi mereka yang masih dalam usia
00:37produktif.
00:38Bagi tujuan itu, kerajaan sedang melaksanakan proses pendataan termasuk mengumpul maklumat peribadi, lokasi keberadaan serta data biometrik di samping tapisan
00:47polis dan imigresen.
00:49Jadi, hasrat kita adalah keperluan tenaga kerja tak semestinya kita ambil daripada luar.
00:57Saya bagi contoh, katalah pasir gudang ada ladang sawit, perlukan 100 pekerja.
01:02Ada dua pilihan.
01:04Nak ambil daripada Bangladesh dan bayar segala macam kos ataupun semak dengan data pendaftaran pelarian kami yang memang dah ada,
01:13umpamanya.
01:14Itu keputusan yang akan kita buat.
01:17Buat masa ini saya tidak menolak kemungkinan laluannya ke situ bagi memenuhi keperluan tenaga kerja yang real di hadapan kita.
01:26Saifuddin berkata UNHCR menganggarkan kira-kira 225,000 individu berstatus pelarian berada di Malaysia.
01:34Namun, kerajaan memerlukan data sendiri bagi membolehkan dasar yang lebih menyeluruh dirangka selain memastikan aspek keselamatan negara terus diberi keutamaan.
01:44Beliau menegaskan penggunaan pelarian bagi memenuhi keperluan tenaga kerja masih merupakan satu kemungkinan yang boleh dipertimbangkan, bukannya keputusan muktamad kerajaan.

Recommended