Skip to playerSkip to main content
Lemon, limau nipis & limau kasturi mempunyai khasiat yang tersendiri untuk kesihatan dan kecantikan. Anda suka yang mana?

#RASA #khasiatbuahsitrus #lemon #limaunipis #limaukasturi #ingatmakaningatrasa
Transcript
00:00Lemon, Limau Nipis dan Limau Kasturi
00:03Ketiga-tiganya rasa masam dan selalu kita guna dalam makanan dan minuman.
00:07Tapi sebenarnya, buah citrus ni ada manfaatnya yang tersendiri untuk kesihatan dan kecantikan.
00:12Kita mulakan dengan buah lemon.
00:14Lemon merupakan sumber vitamin C dan antioksiden yang membantu menyokong sistem imun badan.
00:19Vitamin C juga penting dalam pembentukan collagen iaitu protein yang membantu mengekalkan struktur dan kesihatan kulit.
00:24Selain itu, lemon boleh digunakan untuk memberi rasa pada air kosong atau makanan.
00:28Jadi, ia boleh menjadi pilihan lebih baik berbanding minuman yang tinggi gula.
00:33Seterusnya, Limau Nipis.
00:34Buah kecil ini juga membekalkan vitamin C serta sebatian antioksiden seperti flavonoid.
00:39Antioksiden membantu melindungi sel badan daripada teganan oksidatif.
00:43Limau nipis juga memang best digunakan dalam masakan sebab rasa masamnya boleh menaikkan rasa hidangan tanpa perlu terlalu banyak garam
00:50atau sos.
00:51Manakala limau kasturi, walaupun saiznya kecil, tetap mempunyai vitamin C dan antioksiden.
00:56Aroma dan rasa masam yang kuat menjadikannya pilihan popular untuk sambal, kerabu, minuman dan pelbagai masakan tempatan.
01:03Dari sudut kecantikan pula, vitamin C daripada buah citrus membantu penghasilan collagen dan menyokong kesihatan kulit dari dalam.
01:09Tapi ingat, jangan sapu jus lemon atau limau terus pada muka.
01:13Kandungan asidnya boleh menyebabkan iritasi lebih-lebih lagi pada kulit sensitif.
01:17Kesimpulannya, buah lemon, limau nipis atau limau kasturi semuanya ada kelebihan tersendiri.
01:22Nikmatilah secara sederhana sebagai sebahagian daripada pemakanan seimbang.
01:26Masam memang masam, tapi manfaatnya memang tak boleh dipandang sebelah mata.
01:30Semoga bermanfaat.
01:31Ingat makan, ingat rasa.

Recommended