00:00Hasrat Malaysia untuk mencipta sejarah dengan meraih pingat emas ke 10 sukan Asia Aichi Nagoya 2026 tidak kesampaian selepas tewas
00:09dalam dua aksi final pada Sabtu.
00:12Gandingan Christian Didia Chin dan Aidan Yunus meraih perak dalam acara pedal bergula lelaki, manakala skuad hoki negara turut menamatkan
00:19saingan sebagai naib juara.
00:23Christian dan Aidan tewas 3-6-1-6 kepada pilihan utama dari Qatar, Masyari Naif dan Rashid Naif dalam penampilan
00:31sulung pedal di sukan Asia.
00:33Pingat perak itu tetap melakar pencapaian bersejarah buat Malaysia dalam acara berkenaan.
00:39Harapan terakhir emas ke 10 menerusi Speedy Tigers pula berakhir selepas skuad negara tewas 1-5 kepada juara bertahan India
00:47dalam final hoki lelaki.
00:48Kemenangan itu membolehkan India mempertahankan emas sekaligus meraih kelayakan otomatik ke sukan Olimpik Los Angeles 2028.
00:57Kekalahan berkenaan menyaksikan Malaysia sekali lagi terlepas peluang layak secara langsung ke Olimpik menerusi sukan Asia selepas turut meraih perak
01:06pada edisi 2010 dan 2018.
01:09Malaysia menamatkan hari ke-15 dengan sembilan emas menyamai pencapaian terbaik negara yang dicatatkan pada sukan Asia Guangzhou 2010.
01:19Terima kasih kerana menonton!