00:00Polis tidak menolak kemungkinan kejadian tembak membabitkan seorang ahli perniagaan di sebuah stesen minyak di Bidur pada selasa lepas mempunyai
00:08kaitan dengan kumpulan kongsi gelap.
00:10Ketua Polis Perak, Dato' Muhammad Alwi Zainal Abidin berkata, pihak berkuasa kini sedang menyiasat perkara tersebut secara mendalam sebelum membuat
00:18sebarang kesimpulan muktamad berhubung motif sebenar kejadian berkenaan.
00:23Beliau berkata setakat ini, pihak polis telah selesai merakamkan keterangan 10 saksi termasuk mangsa yang berusia 41 tahun bagi membantu
00:34siasata lanjut berhubung kes berkenaan.
00:37Sebelum ini, media melaporkan seorang lelaki cedera pada bahu kiri dipercaya ditembak dua individu bersenjata api di sebuah stesen minyak
00:47di Bidur Central kira-kira pukul 6 petang pada 29 September.
00:51Mangsa yang juga warga tempatan kini dalam keadaan stabil selepas menerima rawatan dan menjalani pembedahan di Hospital Sermanjung.