Skip to playerSkip to main content
Pernah makan Buah Beko? Kalau biasa nampak tapi tak tahu nak masak apa, cuba buat Kerabu Buah Beko ni. Buah ni rasa dia pahit, tapi bila dijadikan kerabu, terus jadi sedap luar biasa. Lagi sedap bila makan dengan nasi panas dan lauk kampung. Rugi kalau tak cuba!

KERABU BUAH BEKO

BAHAN-BAHAN:
2 keping buah beko - hiris nipis dan celur
1 cawan kelapa parut putih
2 ekor isi ikan kembung rebus
1/2 cawan santan
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula
1 sudu besar budu
1/2 biji limau nipis (ambil perahan)

BAHAN TUMBUK:
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
3 biji cili padi


Cara penyediaan boleh tonton di video. Selamat mencuba!

#majalahrasa #rasashare #dapurrasa #resipi #resepi #ingatmakaningatrasa #resipirasa #kerabubuahbeko #ResipiTradisional #MakananMalaysia
Transcript
00:00Hai semua, hari ni Kak Iki nak kongsi satu resepi kerabu tradisional yang rare iaitu kerabu buah bekor.
00:05Buah ni susah nak dapat tau, jom Kak Iki kongsi cara buatnya.
00:08Mula-mula, masukkan bawang merah, bawang putih, halia dan cili padi ke dalam lesum.
00:13Tumbuk sampai semuanya halus.
00:15Lepas tu, masukkan isi ikan kembung yang dah direbus dan kelapa parut sanyai.
00:19Tumbuk lagi sampai lumat dan sebati dengan bahan tadi.
00:22Dalam mangkuk besar, masukkan buah bekor yang dah dicelur dan dihiris lipis.
00:26Masukkan bahan tumbuk tadi dan gaul sampai rata.
00:28Lepas tu, tuangkan santan.
00:30Santan tu korang guna santan fresh, barulah sedap.
00:33Terasakan dengan garam, gula dan budu.
00:35Budu ni optional je, kalau tak nak letak pun tak apa.
00:38Gaul-gaul lagi sampai semua bahan betul-betul mesra.
00:41Akhir sekali, tuangkan jus limau nipis.
00:43Jika suka kerabu yang masam, lebihkan limau ni.
00:46Dah siap kerabu buah bekor kita.
00:47Ada rasa lemak, masih setemasam, memang membuka selera.
00:51Selamat mencuba.
00:52Nak tengok tim Rasa Masak secara live?
00:54Jom minta asyik kami di TikTok Masa Rasa setiap Selasa dan Khamis.
00:57Ingat-ingat Rasa, jangan lupa tonton!

Recommended