00:00Pada selanjutnya, tiga loji jana kuasa di Syria terpaksa dihentikan operasi selepas berlaku letupan pada saluran pipe gas di loji
00:07Tishrin pada Rabu.
00:09Syarikat elektrik Syria dalam satu kenyataan berkata, letupan itu menyebabkan bekalan gas yang diperlukan untuk mengendalikan tiga loji berkenaan terhenti.
00:19Rakaman yang dimuat naik ke media sosial menunjukkan api marak dan kepulan asap tebal di kawasan loji jana kuasa Haber
00:25Tishrin.
00:26Data NASA Fire Information for Resource Management System atau FIRMS juga mengesan aktiviti haba di lokasi loji berkenaan.
00:34Televisyen milik kerajaan Syria, Ekhbariya TV melaporkan dua individu cedera dalam letupan tersebut.
00:41Sementara itu, pertahanan awam Syria memaklumkan kebakaran yang tercetus selepas letupan itu berjaya dikawal.
00:47Pasukan penyelamat kini memasuki fasa penyejukkan untuk memastikan kawasan terbabit benar-benar selamat dan untuk mengelakkan kebakaran daripada tercetus semula.
00:58Setakat ini, punca letupan masih belum diperincikan oleh pihak berkuasa.
01:03Terima kasih kerana menonton!
Comments