00:00Sebanyak sembilan kawasan, kesemuanya di Semenanjung, merekodkan bacaan indeks pencemaran udara IPU pada paras tidak sihat setakat jam 11 pagi
00:09Kamis.
00:09Berdasarkan sistem pengurusan indeks pencemar udara Malaysia APIMS, Johan Setia, Selangor mencatat bacaan tertinggi iaitu 156.
00:19Tiga kawasan iaitu Syah Alam dan Kelang di Selangor serta Putrajaya mencatatkan bacaan 152.
00:25Di Ceras, Kuala Lumpur, merekodkan kawasan dengan bacaan 128 diikuti Port Dixon dengan bacaan IPU tidak sihat 118.
00:37Daripada 68 stesen pemantauan, 52 merekodkan bacaan sederhana dan tujuh lagi pada paras baik.
00:43Tiada kawasan merekodkan bacaan sangat tidak sihat atau berbahaya setakat jam 11 pagi Kamis.
00:48Bacaan IPU 201 hingga 300 dikategorikan sangat tidak sihat.
00:54Antara 101 hingga 200 adalah tidak sihat manakala bacaan 51 hingga 100 pula berada pada tahap sederhana.
01:02Orang ramai digesa mengamalkan langkah-langkah keselamatan termasuk memakai pelitup muka sekiranya berdepan situasi jerebu di kawasan masing-masing.
01:09Terima kasih telah menonton!