Skip to playerSkip to main content
  • 2 minutes ago
Donald Trump mengumumkan tiga projek tenaga di bawah komitmen pelaburan Korea Selatan bernilai AS$200 bilion, sebahagian daripada pakej pelaburan AS$350 bilion.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengumumkan tiga projek di bawah komitmen pelaburan Korea Selatan bernilai 200 bilion dolar Amerika.
00:08Projek itu meliputi pembinaan kompleks jana kuasa gas berkapasiti 6 gigawatt di Texas, kerangka pembangunan 8 reaktor nuklear serta penilaian
00:17projek gas asli cecai atau LNG di Alaska.
00:23Komitmen berkenaan merupakan sebagian daripada pakej pelaburan Korea Selatan di Amerika Syarikat bernilai 350 bilion dolar yang dipersetujui menerusi perjanjian
00:33perdagangan dua hala tahun lalu.
00:35Menerusi perjanjian itu, Washington menurunkan tarif ke atas sebagian besar barangan Korea Selatan kepada 15%.
00:41Pembangunan di Texas dipilih sebagai pelaburan rasmi pertama, manakala setiap logi nuklear memerlukan kelulusan berasingan sebelum dilaksanakan.
00:49Bagi projek LNG Alaska, kedua kerajaan bersetuju untuk menilai penyertaan mereka terlebih dahulu.
00:56Menteri Perindustrian Korea Selatan Kim Jong-Kwan berkata, setiap projek akan dinilai berdasarkan pulangan, risiko, peluang mendapatkan semula pelaburan dan
01:04manfaat kepada syarikat Korea.
01:07Trump menifatkan pakej itu sebagai langkah penting untuk menjamin rantaian bekalan tenaga kritikal Amerika Syarikat serta memperkukuh kerjasama dengan Korea
01:16Selatan.

Recommended