00:00Bagi komuniti pesisir Kampung Tanjung Pisau JT bukan sekadar tempat turun naik bud, tetapi nadi yang menghubungkan kehidupan harian dengan
00:11sumber rezeki mereka.
00:13Kini kemudahan itu bersama sekolah dan masjid diberi nafas baru menerusi peruntukan RM600,000 di bawah program Kampung Angkat Madani
00:23dan Sekolah Angkat Madani Meritim Malaysia.
00:28Kampung Tanjung Pisau dan Sekolah Kebangsaan Tanjung Pisau di Lalasun sandakkan dipilih bagi pelaksanaan program itu.
00:35Sebanyak RM500,000 diperuntukkan kepada Kampung Berkenaan dan RM100,000 lagi kepada sekolah.
00:42Enam projek dilaksanakan termasuk penyelenggaraan dua JT, bangunan sekolah serta pagar masjid Haji Yaakob.
00:49Menurut Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksmana Maritim Dato' Muhammad Rosli Abdullah, inisiatif itu bukan sekadar menambah baik kemudahan tetapi turut
00:58mendekatkan agensi berkenaan dengan penduduk.
01:01Apa kita memilih kawasan ini? Yang sebenarnya kawasan ini merupakan kawasan komuniti maritim dan kita dalam antara program kita, kita
01:12ada program sahabat maritim yang mana kita mendekatkan diri kita dengan penduduk komuniti maritim.
01:19Beliau berkata demikian ketika merasmikan program berkenaan di Kampung Tanjung Pisau pada Selasa.
01:25Bagi membina hubungan berkekalan, komuniti pesisir turut digalakkan menjadi mata dan telinga maritim Malaysia dengan melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan kecemasan
01:35atau ancaman di perairan negara.
01:38Murid pula didedahkan kepada dunia maritim, keselamatan dan laut serta nilai disiplin, integriti dan tanggungjawab.
01:49Terima kasih telah menonton!