Skip to playerSkip to main content
  • 4 minutes ago
Menurut Armizan, sektor swasta mempunyai peranan signifikan dalam menyokong pembangunan pendidikan, memandangkan keperluan infrastruktur dan kemudahan masih memerlukan sokongan daripada pelbagai pihak.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Kerjasama antara kerajaan swasta dan masyarakat perlu terus diperkukuh bagi memastikan agenda pembangunan pendidikan dapat dilaksanakan secara menyeluruh.
00:10Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kosara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata,
00:14seitu selaras aspirasi program sekolah angkat madani yang diperkenalkan kerajaan pada tahun 2025 untuk membantu memenuhi keperluan sekolah.
00:23Di bawah kerajaan madani, pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim, kerajaan telah memperkenalkan pada tahun 2025 apa yang dinamakan sekolah angkat
00:34madani
00:35di mana kementerian-kementerian diminta untuk memilih sekolah untuk melaksanakan program sekolah angkat madani.
00:46Armizan yang juga ahli pahlima papal berkata, sektor swasta mempunyai peranan signifikan dalam menyokong pembangunan pendidikan
00:54memandangkan keperluan infrastruktur dan kemudahan masih memerlukan sokongan daripada pelbagai pihak
01:00meskipun perutukan pendidikan kerajaan terus dipertingkatkan.
01:04Itulah kita maklum bahawa pendidikan ini merupakan salah satu cabang yang amat penting
01:12untuk pembangunan bukan hanya keluarga, negeri dan juga negara.
01:18Tetapi kos perbelanjaan pendidikan ini amat-amatlah besar.
01:22Kalau kita tahu di bawah kerajaan madani ini pun saban tahun ditingkatkan.
01:30Belanjawan pendidikan yang terbaru pun sudah mencecah 6 bilion hanya untuk kementerian pendidikan.
01:37Dan dalam tingginya peruntukan tersebut jika dibandingkan dengan aspek yang lain
01:45tetapi masih ada lagi perkara-perkara yang memerlukan kepada bantuan.
01:50Beliau berkata demikian ketika menghadiri majlis penyerahan sebuah koster 28 tempat duduk kepada SMK St. Joseph
01:58Sumbangan Berjaya Kooperasi Berhad B Corp di Papar.
02:01Turut hadir pengasas dan penasihat B Corp merangkap pengurusi Berjaya Cares Foundation BCF
02:08Tan Sri Datuk Sri Vincent Tan.
02:10BCF turut menyumbang 500 baku makanan untuk diagihkan kepada pelajar daripada golongan yang memerlukan.

Recommended