Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
Pembukaan empat laluan rel berkelajuan tinggi memperluas hubungan antara beberapa wilayah utama China, sekali gus meningkatkan kecekapan perjalanan dan rangkaian pengangkutan negara.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Empat laluan utama kereta api berkelajuan tinggi mula beroperasi di China pada Isnin, sekaligus memperkukuh jaringan pengangkutan berentasi beberapa wilayah
00:09di negara itu.
00:10Empat laluan baharu itu melibatkan kawasan utara, barat laut, tengah dan timur laut China.
00:17Ia menghubungkan Zhong An di wilayah Hebei dengan Xiang Chu di wilayah Henan,
00:22Xi'an dengan Angkang di wilayah Shanxi, Yi Chang dengan Xing Shan di wilayah Hubei, serta Harbin dengan Yi Chun
00:31di wilayah Heilongjiang.
00:33Pembukaan laluan berkenaan terus memperluas rangkaian kereta api berkelajuan tinggi China yang terbesar di dunia dan telah melepasi 50,000
00:41km dari Desember 2025.
00:43Rangkaian itu berkembang hampir satu per tiga antara 2021 hingga 2025 dengan China merancang memperluaskannya kepada kira-kira 60,000
00:53km menjelang 2030.
00:55Menurut China State Railway Group, peluasan itu sebahagian daripada usaha berterusan negara berkenaan untuk meningkatkan kesaling hubungan menerusi rangkaian kereta
01:04api berkelajuan tinggi.

Recommended