Skip to playerSkip to main content
  • 10 minutes ago
SIC memaklumkan kira-kira 95,000 tiket telah terjual setakat ini. Angka itu menunjukkan minat tinggi peminat menjelang perlumbaan Formula 1 yang berlangsung dari 2 hingga 4 Oktober.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Baik, sambutan luar biasa terhadap pelombaan Formula 1 F1 Gulf Air Bahrain Grand Prix di lita antarbangsa Sepang SIC berpotensi
00:09menyaksikan jualan tiket mencecah 100,000 menjelang pelombaan yang berlangsung dari 2 hingga 4 Oktober ini.
00:15Ketua Pegawai Eksekutif SIC Azhan Syafriman Hanif berkata, setakat ini kira-kira 95,000 tiket terjual sekaligus memperlihatkan sambutan yang
00:26menggalakkan untuk menyaksikan kembali aksi F1 di Malaysia.
00:31Ujarnya pada zaman kegemilangan GP Malaysia, jumlah tiket yang terjual hampir 40,000 hingga 50,000.
00:38Kerjasama antara dua negara ini memberi impak tersendiri dan buat masa ini acara ini hanya berlangsung sekali, oleh itu ia
00:46menjadi daya tarikan.
00:47Jumlah kehadiran tertinggi bagi GP Malaysia, DSIC direkodkan pada 2008 apabila 126,690 penonton menghadiri acara tiga hari itu pada
00:58edisi tahun ke-10.
01:00Azhan berkata pelawan antarabangsa menyumbang 50% daripada jualan tiket sekaligus menyerlahkan daya tarikan perlombaan itu dalam kalangan peminat dari
01:09luar negara.
01:11Sementara itu, beliau berkata SIC sedang giat melakukan penambahbaikan termasuk menaik taraf paddock.
01:17Azhan berkata skala operasi itu turut menjadi cabaran besar dari segi logistik dengan jumlah kargo Formula 1 yang diuruskan dianggarkan
01:254 hingga 5 kali lebih banyak berbanding kargo yang biasanya dikendalikan SIC bagi Grand Prix Motosikal MotoGP.
01:33Pada Julai lepas, Formula 1 mengesahkan Malaysia menjadi tuan rumah Gulf Air Bahrain GP dari 2 hingga 4 Oktober, sesudah
01:42perjanjian yang ditandatangani antara Formula 1, Persekutuan Otomobil Antarabangsa FIA serta Kerajaan Malaysia dan Bahrain.
01:51Perjanjian itu membolehkan GP Bahrain kekal dalam kalender Formula 1 2026 selepas perlombaan berkenaan dibatalkan pada awal musim ini berikutan
02:00ketegangan geopolitik di Asia Barat.
02:03Malaysia sebelum ini menjadi tuan rumah GP Malaysia di Sepang dari 1999 hingga 2017 sebelum perlombaan itu digugurkan daripada kalender
02:12Formula 1.

Recommended