00:00Pasaran kewangan domestik Malaysia terus membuat penyelarasan secara teratur disokong oleh aliran dua hala yang seimbang bagi memastikan proses penentuan
00:09harga yang berkesan dalam kalangan peserta pasaran.
00:13Menurut jawatankuasa Pasaran Kewangan FMC Bank Negara Malaysia BNM, ringkasan perbincangan mesyuarat FMC ke-2, 2026, mendedahkan keadaan pasaran kekal
00:24kondusif bagi syarikat korporat untuk mengumpul dana bagi memenuhi keperluan pembiayaan mereka.
00:32Kata FMC melangkah ke hadapan faktor luaran seperti ketidaktentuan geopolitik, turun naik harga minyak dan persekitaran kadar faedah global yang
00:40sedang berubah terus menjadi cabaran jangka pendek bagi pasaran domestik.
00:45Di sebalik itu, ahli jawatankuasa berpandangan kenaikan hasil bon baru-baru ini mungkin menawarkan titik kemasukan yang menarik kepada pelabur
00:52asing memandangkan sentimen pelabur terhadap Malaysia terus kekal positif.
00:56Langkah berterusan seperti program pelabur pemastatin yang layak serta penglibatan dengan syarikat berkaitan kerajaan, syarikat pelaburan berkaitan kerajaan dan syarikat
01:05korporat bagi membawa pulang serta melukarkan pendapatan mereka dalam mata wang asing dijangka terus menyokong pasaran pertukaran asing dan bon.
01:13FMC turut menyatakan pergerakan terbaru dalam pasaran kewangan domestik dipacu terutamanya oleh faktor global, khususnya perkembangan berkaitan kadar dasar AS.
01:23Mengenai mata wang, ia menyatakan ringgit menyederhana pada September selepas kekal secara amnya stabil pada Julai dan Ogos, manakala hasil
01:32sekuriti kerajaan Malaysia MGS turut meningkat selepas tempoh kestabilan relatif yang berpanjangan.
01:37Perkembangan ini berlaku susulan penilaian semula yang lebih meluas terhadap jangkaan kadar faedah global serta peningkatan hasil bon global.