Skip to playerSkip to main content
  • 5 minutes ago
Amerika Syarikat (AS) dan China bersetuju meneruskan usaha mengurangkan tarif ke atas barangan bernilai sekitar AS$60 bilion (RM252 bilion) yang diimport antara kedua-dua negara, termasuk jagung AS, kosmetik, mainan dan peralatan rumah dari China.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Amerika Syarikat dan China bersetuju meneruskan usaha mengurangkan tarif ke atas barangan bernilai sekitar $60 bilion Amerika bersamaan $252 bilion
00:11yang diimport antara kedua-dua negara termasuk jagung Amerika Syarikat, kosmetik, mainan dan peralatan rumah dari China.
00:19Wakil dagangan Amerika Syarikat Jameson Greer berkata kedua-dua negara masing-masing mencadangkan barangan bernilai $30 bilion Amerika bersamaan $126
00:29bilion.
00:30dalam kategori tidak sensitif untuk menikmati layanan tarif yang lebih menguntungkan.
00:37Katanya langkah itu akan membuka akses pasarai lebih baik bagi kira-kira 30% ekspor Amerika ke China.
00:44Usaha mengurangkan tarif secara timbal balik itu antara hasil utama pertemuan kedua Presiden, China Xi Jinping dan Presiden Amerika Syarikat
00:52Donald Trump di Washington minggu lalu selain persetujuan melanjutkan gencatan perdagangan antara kedua-dua negara.
00:57Bagaimanapun, kedua-dua pihak tidak memperincikan kadar pengurangan tarif atau tarikh pelaksanaannya.
01:03Menurut pejabat wakil dagangan Amerika, nilai $30 bilion bagi senarai barangan yang dicadangkan setiap negara itu berdasarkan data import 2024.
01:12Antara senarai yang dikeluarkan White House menunjukkan China merancang mengurangkan tarif terhadap pelbagai produk pertahanan Amerika termasuk jagung, gandum, sorghum,
01:21daging, produk tersu serta minyak dan makanan berasaskan sayuran.
01:25Bagaimanapun, kacang soya bukan benih yang merupakan ekspor pertanian terbesar Amerika ke China, bernilai $16.2 bilion pada 2025 tidak
01:34senaraikan.
01:35Dalam senarai China pula, Beijing dijangka mengurangkan tarif terhadap ikan dan makanan laut, balak serta produk kayu kosmetik dan peranti
01:43perubatan dari Amerika Syarikat.
01:45Sementara itu, senarai Amerika Syarikat merangkumi cadangan pengurangan tarif terhadap barangan pengguna China termasuk pelatan kecil seperti pembuat kopi dan
01:53pembakar roti, pinggan mangkuk dan selimut.
01:56Kategori mainan termasuk basikal kanak-kanak merupakan antara kumpulan barangan terbesar dalam senarai Amerika Syarikat dengan nilai import $14.4
02:04bilion pada 2024.

Recommended