00:00Polis menahan seorang lagi pelajar lelaki berusia 16 tahun bagi membantu siasatan kes kematian seorang pelajar lelaki tingkatan 2 di
00:09sebuah asrama sekolah di Kuala Pilah Jumaat lalu.
00:13Siasatan turut mengesahkan mangsa dipukul menggunakan pipe getah, manakala punca kematian masih belum dapat ditentukan.
00:22Ketua Polis Negeri Sembilan Dato' Al-Zafni Ahmad berkata, tangkapan terbaru ini menjadikan 2 pelajar berusia 16 tahun yang juga
00:29penghuni asrama sekolah berkenaan ditahan bagi membantu siasatan.
00:34Beliau berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada 25 September lalu selepas waktu solat maghrib ketika waktu ulang kaji atau
00:42prep.
00:43Jadi pihak polis telah membuat rampasan. Kalau ikut kepada siasatan daripada keterangan-keterangan yang diambil bahawa barang ataupun item yang
01:00digunakan untuk memukul adalah getah pipe.
01:03Okay, getah pipe. Getah pipe ke pipe getah? Getah pipe lah eh. Getah pipe.
01:09Jadi suspek telah meminta mangsa untuk pergi mengambil getah pipe di bilik air dan kemudian dibawa kepadanya dan mangsa telah
01:23diarahkan untuk duduk dan suspek telah memukul dapat kaki mangsa.
01:33Beberapa kali sebelum diarahkan mangsa untuk berdiri, membuka baju.
01:40Mengulas lanjut Al-Zafni menjelaskan motif sementara kes dipercayai berkaitan tindakan hukuman disiplin oleh pelajar senior selepas mangsa ditangkap menghisap
01:51pipe oleh warden 2 hari sebelum kejadian.
01:54Namun, keputusan berdasarkan awal masih belum menentukan punca kematian.
01:58Polis dan pihak hospital kini menunggu laporan analisis spesimen daripada Jabatan Kimia Malaysia.
02:04Setakat ini, 68 saksi sudah dipanggil dan direkodkan keterangan termasuk pelajar, guru dan warden asrama.
02:11Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Karnu Keseksaan.
02:14Polis turut mengingatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi selain mematuhi Seksyen 15 Akta Kanak-Kanak 2001 berhubung larangan
02:23menyiarkan maklumat atau identiti kanak-kanak terlibat dalam kes jenayah.
Comments