Skip to playerSkip to main content
Anggota polis mengaku tidak bersalah cuba curi beg galas rakan

Seorang anggota polis berpangkat konstabel mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Yan pada Selasa cuba mencuri beg galas milik rakan setugas dalam kejadian awal bulan ini.

Tertuduh, Ahmad Fahmi Ahmad Hasbullah, 29, bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Yan membuat pengakuan tersebut di hadapan Majistret Anis Suraya Ahmad ketika pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/798304/berita/semasa/anggota-polis-mengaku-tidak-bersalah-cuba-curi-beg-galas-rakan

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #Curibeg

Category

🗞
News
Transcript
00:00Seorang anggota polis berpangkat constable mengaku tidak bersalah di Mahkamah Magistret Yan pada selasa cuba mencuri beg galas milik rakan
00:10setugas dalam kejadian awal bulan ini.
00:13Tertuduh Ahmad Fahmi Ahmad Hasbullah, 29 tahun, bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah IPD Yan, membuat pengakuan tersebut di hadapan
00:23Magistret Anis Suraya Ahmad ketika pertuduhan dibacakan terhadapnya.
00:28Berdasarkan pertuduhan, dia didakwa melakukan kesalahan mencuri beg galas yang mengandungi dompet, kunci dan jaket milik anggota wanita berusia 32
00:39tahun, bertugas di IPD Sama.
00:42Perbuatan itu dilakukan pada jam lebih kurang 7.20 petang bertempat di kaunter aduan trafik IPD Yan 2 September lalu.
00:50Disebabkan perbuatan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 379 Kanun Kesaksaan dibaca bersama Seksyen 511 Kanun Kesaksaan.
01:03Tertuduh dibenar ikat jamin RM3000 dengan seorang penjamin dan kes disebut semula pada 20 Oktober.

Recommended