00:00Pantai di selatan California berdepan ombak besar pada Isnin selepas alunan ombak yang dijana taufan polo dan odalis bergerak menuju
00:09ke kawasan berkenaan.
00:11Keadaan itu mendorong Perkhidmatan Cuaca AS mengeluarkan amaran berhubung kemungkinan banjir pesisir pantai, hakisan serta arus derasi yang berbahaya.
00:22Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan NWS mengeluarkan nasihat banjir pesisir dan amaran ombak besar sehingga jam 5 petang selasa waktu tempatan bagi
00:33beberapa kawasan pantai di selatan California.
00:35Pantai yang menghadap ke selatan berpotensi menaksikan ombak setinggi 1.2 hingga 2.1 meter apabila alunan ombak daripada kedua
00:46-dua taufan bergerak ke utara dari timur lautan Pasifik.
00:49Pihak berkuasa turut memberi amaran kawasan rendah berhampiran pantai termasuk jalan raya, tempat letak kenderaan dan kawasan pesisir lain berisiko
00:58mengalami banjir kecil ketika air pasang.
01:01Antara kawasan yang dikenal pasti berdepan kesan ombak besar itu termasuk Long Beach, Avalon dan Malibu.