Skip to playerSkip to main content
Kalau nak lauk cepat tapi tetap menyelerakan, Daging Cincang Kicap ni memang kena cuba! Daging cincang dimasak dengan kicap dan tumisan bawang hingga cukup rasa, hasilnya lauk simple yang sedap dimakan dengan nasi panas. Lagi best, bahan mudah dan tak ambil masa lama nak siapkan. Selamat mencuba!

DAGING CINCANG KICAP BEREMPAH

BAHAN-BAHAN:
500gm daging kisar
4 ulas bawang putih – cincang
1 inci halia – cincang
2 sudu besar cili kisar
3 sudu besar kicap manis
1 sudu besar kicap masin
1 sudu besar sos tiram
½ sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil serbuk ketumbar
½ sudu kecil lada hitam
½ cawan air
1 sudu kecil gula
Garam secukup rasa
1 biji cili merah – hiris serong
1 biji bawang Holland– hiris kasar
3 sudu besar minyak untuk menumis

Cara penyediaan boleh tonton di video. Selamat mencuba!

#majalahrasa #rasashare #dapurrasa #resipi #resepi #ingatmakaningatrasa #resipirasa #dagingcincangkicap #ResipiTradisional #MakananMalaysia
Transcript
00:00Hai semua, nak masak tapi belum ada idea?
00:02Jom cuba resipi daging cincang kicap ni.
00:05Lautnya simple je tapi kombinasi rasa kicap dengan rempah tu memang cukup membuka selera.
00:10Best tau, jom kita masak.
00:11Mula-mula, panaskan minyak dalam kuali.
00:13Tumis bawang putih dan halil sampai naik bau.
00:16Masukkan cili kisah.
00:17Tumis selama 1 hingga 2 minit sampai cili tu agak masak.
00:21Lepas tu, masukkan serbuk ketumbar dan serbuk kunyit.
00:24Nak guna biji ketumbar tumbuk pun boleh.
00:26Kacau-kacau lagi sampai rempah tu naik aroma.
00:28Masukkan daging kisah.
00:30Kalau tak suka daging boleh je guna isi ayam.
00:32Goreng sambil hancurkan daging supaya tak berketul.
00:34Bila daging dah masak dan bertukar warna,
00:36masukkan kicap manis, kicap masin dan sos tiram.
00:39Kalau nak warna yang lebih gelap boleh tambah kicap dekat.
00:41Kau-kau lagi bagi daging tu mesra dengan kicap.
00:44Tengoklah, time dia tengah merenih ni pun dah nampak sedap.
00:47Seterusnya, tuangkan setengah cawan air.
00:49Kemudian tambahkan juga gula.
00:50Serbuk lada hitam dan sedikit garam jika perlu.
00:53Nak selamat, rasa dulu sebelum letak garam.
00:56Kau semuanya sampai sepati.
00:57Akhir sekali, masukkan hirisan bawang holland dan cili merah.
01:01Kalau nak pedas boleh guna cili padi.
01:03Kacau selama satu hingga dua minit sahaja
01:05supaya bawang tu masih ada tekstur rangup.
01:07Kak IK suka sangatlah kalau ada bawang banyak macam ni.
01:09Dah siap, daging cincang kicap kita.
01:11Ada rasa manis dan masing kicap.
01:13Pedas cili serta aroma rompaya wangi.
01:15Memang sedap makan dengan nasi.
01:17Selamat mencuba.
01:18Nak tengok tim rasa masak secara live?
01:19Jom intai asyik kami di TikTok Majul Rasa setiap selasa dan kamis.
01:22Ingat maka ingat rasa. Jangan lupa tonton!

Recommended