Skip to playerSkip to main content
Trik Mudah Buang Biji Jambu Batu

Tahu tak, jambu batu sebenarnya mengandungi vitamin C empat kali lebih banyak daripada buah oren? Memang bagus dimakan, lebih-lebih lagi musim jerebu macam sekarang.

Cuma, bahagian paling renyah bila nak makan jambu batu mestilah nak buang bijinya. Tapi jangan risau, ada cara yang lebih mudah daripada menggunakan pisau.

Ikut trik ini.

#RASA #TipDapurRasa #BijiJambuBatu #TrikJambuBatu #TipDapur #ingatmakaningatrasa
Transcript
00:00Tahu tak, jambu batu sebenarnya mengandungi vitamin C 4 kali ganda lebih banyak daripada buah orin.
00:06Memang bagus sangat dimakan, lebih-lebih lagi pada musim jerebu macam sekarang.
00:09Cuma bahagian yang paling renyah bila nak makan buah jambu batu ni, mestilah nak buang bijiknya.
00:14Tapi jangan risau, ada cara yang lebih mudah daripada menggunakan pisau.
00:17Guna sudu besi je, ikut caranya.
00:20Mula-mula, basuh bersih buah jambu batu.
00:22Kemudian potong 4 bahagian.
00:24Selepas tu, korek sekeliling biji jambu perlahan-lahan dengan menggunakan sudu besi.
00:29Nanti hasilnya jadi macam ni.
00:31Bersih, licin dan cantik kemas.
00:33Semua bijik tertanggal tak ada yang tertinggal pun.
00:36Kemudian bolehlah potong buah jambu batu mengikut cita rasa.
00:39Siap, senang je bijik jambu batu ni tertanggal kalau ikut trik ni.
00:44Selamat mencuba.
00:45Ingat makan, ingat rasa.

Recommended