00:00Lebih 1,100 peserta dari 11 negara anggota ASEAN menyertai ASEAN GeoAI Fusion 2026, platform pembangunan bakat dan inovasi dalam
00:11bidang kecerdasan, buatan serta teknologi geospatial.
00:15Program yang diterajui seruhan jaya komunikasi dan multimedia Malaysia MCMC bersama ASEAN itu, turun menyaksikan 17 pasukan dari 8 negara
00:24berentap dalam hackathon fizikal.
00:28Asian GeoAI Fusion 2026 memuncak dengan majlis penutup dan penyampaian hadiah selepas 4 hari hackathon fizikal yang menghimpunkan 17 pasukan
00:39finalis dari 8 negara ASEAN.
00:41Menurut Timbalan Menteri Komunikasi, Tio Ni Ching, program membuktikan ASEAN mempunyai bakat, kreativiti dan keupayaan teknologi untuk membentuk masa depan
00:51digitalnya sendiri.
00:52Beliau berkata, Kementerian Komunikasi dan MCMC akan terus memperkasa bakat teknologi strategik memperluas penggunaan AI secara bertanggungjawab serta memperkukuh kerjasama
01:03digital serantau.
01:05Program yang dilaksanakan secara hybrid itu menghimpunkan 1,112 peserta melebihi 3 kali ganda sasaran asal 300 peserta.
01:14Sebanyak 138 pasukan mendaftar bagi laluan hackathon sebelum 17 pasukan terpilih untuk menghasilkan prototip GeoAI bagi menangani cabaran sebenar termasuk
01:26bencana, ketersambungan, keselamatan saiber dan kelestarian infrastruktur.
01:32Grabber dari Malaysia dinobatkan Johan diikuti Starlink di tempat kedua dan Snack Overflow di tempat ketiga yang kedua-duanya juga
01:41dari Malaysia.
01:42Tim GeoVisioneris dari Myanmar dan Candila dari Brunei menerima hadiah sagu hati manakala enam anugerah khas ASEAN turut diberikan kepada
01:51Grabber, AI Slope Final Boss, Agos, Lopedic, Starlink dan Lauren Upsom.
01:58Terima kasih telah menonton!
Comments