Skip to playerSkip to main content
  • 26 minutes ago
Anwar berkata cadangan berkenaan akan dibincangkan dengan semua pihak selepas mesyuarat Jemaah Menteri.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Malaysia dan China bersetuju dengan cadangan memanjangkan jajaran projek laluan Rail Pantai Timur ECRL dari Kota Baru ke Rantau Panjang,
00:10Kelantan.
00:11Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata keputusan itu dijangka memberi manfaat kepada kawasan pedalaman di Kelantan selain membuka hubungan
00:19langsung dengan Thailand.
00:23Beliau menjelaskan perkara itu turut dibincangkan dengan Perdana Menteri Thailand Anu Tin Chan Virakul dan dijangka menjadi pemangkin kepada pertumbuhan
00:31kawasan terpinggir daripada arus pembangunan.
00:34Kita telah ambil keputusan untuk memanjangkan dari Kota Baru ke Rantau Panjang atau daripada tumpat ke Rantau Panjang.
00:42dan ini dipersetujui oleh negara China supaya memberi manfaat kepada kawasan yang agak pendalaman di Kelantan dan juga memberi ruang
00:53supaya kita ada hubungan langsung dengan negara Thai yang telah saya bincang dengan Perdana Menteri Thailand.
01:01Perdana Menteri berkata demikian kepada media Malaysia selepas mengakhiri lawatan kerja ke China pada Khamis.
01:07Katanya cadangan berkenaan akan dibincangkan dengan semua pihak selepas mesyuarat jemaah menteri.
01:12Dalam pada itu, beliau berkata lawatan ke China turut dimanfaatkan dengan pertemuan bersama beberapa syarikat utama negara itu bagi meningkatkan
01:20pelaburan di Malaysia.
01:21Katanya beliau menghadiri mesyuarat meja bulat bersama kira-kira 21 syarikat terkemuka China dengan kerjasama Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri
01:29MITI,
01:30Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia MIDA serta Kedutaan Malaysia di China.
01:35Antara sektor yang dikenal pasti termasuk semikonduktor, kecerdasan buatan, robotik, kenderaan elektrik, bahan bateri, optik termaju, bioteknologi, penjagaan kesihatan, bahan
01:46kimia, khusus dan pembuatan termaju.
01:49Terima kasih telah menonton!

Recommended