00:00Sebenarnya 43 perusahaan mikro, kecil dan sederhana PMKS tempatan yang menyertai pameran halal antarabangsa Malaysia MIHAS 2026 menyasarkan jualan sehingga
00:13RM60 juta sepanjang penganjuran acara berlangsung.
00:17Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Steven Sim berkata, sasaran itu antara usaha kementerian membantu usahawan tempatan memperluas pasaran khususnya bagi
00:27produk halal ke peringkat antarabangsa.
00:31Dan hari ini saya juga puas hati dan bersyukur kerana telah menyaksikan pertukaran kerjasama antara tiga buah entiti.
00:44Satu adalah Maxis di mana kita Kuskop bersama dengan Matrix Maxis akan melatih SME-SME di Malaysia untuk usaha pendigitalan
00:55khususnya dalam aspek pensijilan halal.
00:59Satu, keduanya kita juga telah menyaksikan kerjasama antara MyMIHAS bersama dengan Kuskop di mana di bawah Kuskop memang dalam masa
01:11lebih kurang lima tahun kebelakangan ini kita telah membantu lebih 3,000 syarikat PMKS termasuk koperasi yang membawa produk-produk
01:21mereka untuk pensijilan halal.
01:22Katanya produk halal Malaysia mempunyai potensi besar untuk menembusi pasaran antarabangsa termasuk China melalui pemanfaatan platform e-dagang global.
01:34Menurutnya perkara itu antara yang dibincangkan ketika mengadakan pertemuan dengan beberapa syarikat e-dagang di China baru-baru ini.
01:42Terima kasih kerana menonton!