Skip to playerSkip to main content
  • 6 minutes ago
MCMC sedang berhubung dengan Meta bagi membantu menyelesaikan isu pengguna WhatsApp susulan dakwaan beberapa akaun digodam dan disekat secara kekal, menurut seorang pengguna di Threads ekoran menjejaskan urusan kerja serta harian, termasuk akses kepada perkara dan dokumen penting.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Aduan mengenai akaun WhatsApp yang didakwa digodam dan disekat secara kekal kini mendapat perhatian Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia MCMC.
00:12Suruhanjaya itu memaklumkan sedang berhubung dengan Meta bagi membantu menyelesaikan isu yang dihadapi pengguna.
00:20Isu itu dibangkitkan seorang pengguna dalam platform Threads yang memohon bantuan MCMC dan Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadil sesulang
00:30dawan bahawa sejumlah akaun WhatsApp telah digodam dan kemudian disekat secara kekal.
00:35Menurut pengguna berkenaan, keadaan itu menyukarkan pemilik akaun meneruskan urusan kerja dan harian terutama apabila terdapat pelbagai perkara serta dokumen
00:43penting dalam akaun tersebut.
00:45Menjawab aduan itu, MCMC memaklumkan isu berkenaan melibatkan sistem Meta dan pihaknya sedang berhubung dengan Meta bagi membantu menyelesaikan masalah
00:54yang dihadapi pengguna.
Comments

Recommended