Skip to playerSkip to main content
  • 22 minutes ago
BN Melaka mengesahkan pintu rundingan dengan mana-mana parti masih terbuka menjelang Pilihan Raya Negeri Melaka.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Barisan Nasional atau BN Melaka mengesahkan pintu rundingan dengan mana-mana parti masih terbuka menjelang pilihan raya negeri Melaka.
00:09Bagaimanapun pengerusinya, Datuk Seri Abdul Rauf Yusof menegaskan, 21 kerusi yang dimenangi BN pada PRN lalu kekal sebagai asas utama
00:18rundingan dan tidak boleh diganggu-gugat.
00:22Menurut Abdul Rauf, rundingan rasmi dijangka bermula pada bila-bila masa selepas menerima arahan daripada ibu pejabat UMNO.
00:29Dia gini, kata orang Melaka, padi dah masak, tempur berserang rendah.
00:36Faham tak? Jadi sudah pasti akan ada rundingan yang akan berlaku selepas ini.
00:40Dah saya akan memaklumkan dan memberikan update dari masa ke semasa. Setakat hari ini belum lagi.
00:47Datuk, setakat ini ada tak yang paling hampir dengan orang kata garis merah 21 kerusi?
00:52Belum berada perundingan. Kita tak tahu lagi apa harapan, hasrat dia orang, cadangan beliau belum lagi diduduk di meja rundingan.
00:59Saya memang tak berminat kalau nak berunding dalam platform media sosial sebab akan memberikan pelbagai persepsi-persepsi yang negatif.
01:07Dalam pada itu, beliau yang juga pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka berkata,
01:12sebarang rundingan berkaitan pembahagian kerusi perlu dibuat di meja rasmi dan bukan melalui platform media sosial.
01:19Katanya perbincangan secara terbuka di media sosial hanya akan mencetuskan pelbagai persepsi dan tidak membantu mencapai kata sepakat.
01:27Beliau menegaskan BN Melaka bersedia berunding mengenai perkara lain, namun kedudukan 21 kerusi berkenaan kekal sebagai asas perbincangan.

Recommended