Skip to playerSkip to main content
  • 13 minutes ago
Datuk Ismail Lasim menegaskan EXCO hanya membincangkan pendirian pentadbiran negeri terhadap proklamasi, tanpa mengambil alih kuasa para Undang.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato' Ismail Lassim menegaskan beliau dan Barisan Exko tidak membuat keputusan untuk menurunkan atau yang melantik
00:09yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.
00:11Kenyataan itu sebagai respons terhadap teguran Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim yang menyifatkan tindakan Ismail dan Ahli Majlis Mesyuarat
00:20Kerajaan Negeri sebagai biadab dan tidak bertamadun.
00:26Ismail berkata beliau menghormati keprihatinan Perdana Menteri terhadap institusi diraja.
00:31Namun bimbang teguran itu berasaskan gambaran yang tidak lengkap mengenai peranan Kerajaan Negeri.
00:38Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri membincangkan pendirian pentadbiran negeri terhadap proklamasi yang dikemukakan sebagai keputusan undang yang empat.
00:49Persetujuan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri terhadap tindakan pentadbiran susulan tidak bermaksud MMKM mengambil alih kuasa para undang atau menjadi pihak
01:00yang membuat keputusan mengenai kedudukan yang di-Pertuan Besar.
01:05Ismail menegaskan beliau dan Barisan Exko tidak akan mencampuri siasatan, pertimbangan adat atau pemilihan yang terletak dalam bidang kuasa pihak
01:13berkenaan.
01:14Katanya persoalan kesahihan proklamasi, pematuhan tata cara dan kesan perlembagaannya perlu ditentukan mengikut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1929
01:25serta proses undang-undang.
01:27Terima kasih.
01:28Terima kasih.
01:29Terima kasih.

Recommended