Skip to playerSkip to main content
  • 21 minutes ago
Lee Jae Myung berkata Korea Selatan dan Amerika Syarikat membincangkan kerjasama dalam sektor pembinaan kapal termasuk kapal perang, dengan harapan kerjasama itu menghasilkan keputusan lebih konkrit.
Transcript
00:00Korea Selatan dan Amerika Syarikat membincangkan kerjasama dalam sektor pembinaan kapal termasuk kapal perang.
00:07Presiden Korea Selatan Lee Jae-myung berkata perkara itu dibincangkan dalam pertemuannya bersama rakan sejawatnya Donald Trump sambil menjangkakan kerjasama
00:16berkenaan akan menghasilkan keputusan yang lebih konkret.
00:22Pertemuan selama kira-kira 30 minit itu berlangsung di luar Perhimpunan Agong Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB di New York.
00:50Perbincangan itu turut berlangsung ketika kedua-dua negara bergerak melaksanakan pakej pelaburan bernilai 350 bilion dolar.
00:58Daripada jumlah perkenaan, 150 bilion dolar diperuntukkan bagi sektor pembinaan kapal.
01:04Sebuah projek loji jana kuasa gas di Texas turut dikenal pasti sebagai antara pelaburan awal yang berpotensi dilaksanakan menerusi pakej
01:14berkenaan.

Recommended