00:00Usaha penanaman semula sawit terutama bagi menggantikan pokok tua terus menjadi antara fokus kerajaan dalam meningkatkan produktiviti dan pendapatan pekebun
00:09kecil.
00:10Menteri Perdagangan dan Komoditi Datuk Seri Noraini Ahmad berkata, isu pokok sawit tua perlu diberi perhatian kerana mempunyai kaitan langsung
00:19dengan hasil kebun, sekaligus mempengaruhi pendapatan pekebun kecil.
00:26Ujanya antara fokus kerajaan melalui Kementerian Peladangan dan Komoditi KPK serta Lembaga Minyak Sawit Malaysia MPOB adalah usaha penanaman semula
00:36sawit.
00:37Noraini berkata, usaha menggantikan pokok sawit tua dilaksanakan antaranya menerusi skim insentif pembiayaan tanam semula pekebun kecil sawit, TSPKS, yang
00:46membantu golongan itu melaksanakan penanaman semula menggunakan bahan tanaman berkualiti tinggi.
00:52Beliau berkata, usaha itu penting untuk mewujudkan kebun yang lebih produktif dan seterusnya meningkatkan pendapatan pekebun kecil, manakala aspek keboleh
01:00kesanan pula semakin penting bagi memenuhi tuntutan pasaran antarabangsa.
01:05Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia MSPO menjadi antara instrumen penting dalam memperkukuh kemampanan industri dengan hampir 253,000 pekebun kecil
01:15persendirian di seluruh negara telah memperoleh pensijilan itu melibatkan lebih 723,000 hektare kawasan tanaman.
01:22Di Sabah, seramai 30,384 pekebun kecil telah memperoleh pensijilan MSPO melibatkan kawasan tanaman melebihi 188,000 hektare atau 97
01:34.17% daripada keseluruhan keluasan tanaman sawit milik pekebun kecil persendirian di negeri itu.
01:41Nuraini juga berharap pengukuhan industri komoditi termasuk usaha memperkasa pekebun kecil akan terus diberi perhatian.
01:48Terima kasih telah menonton!
Comments