Skip to playerSkip to main content
  • 12 minutes ago
Petronas dan Kerajaan Negeri Sarawak memohon supaya petisyen masing-masing yang mencabar undang-undang negeri dan Persekutuan berkaitan minyak dan gas didengar secara berasingan oleh Mahkamah Persekutuan.
Transcript
00:00Petroleum National Berhad Petronas dan Kerajaan Negeri Sarawak memohon supaya petisyen masing-masing yang mencabar undang-undang negeri dan persekutuan
00:09berkaitan minyak dan gas didengar secara berasingan oleh Mahkamah Persekutuan.
00:14Perkara itu dimaklumkan kepada Hakim Mahkamah Persekutuan, Rod Zariah Bujang pada proseding saman untuk arahan pada Khamis.
00:23Perguam Petronas, Datuk Dr. Cyrus Das memberitahu Mahkamah bahawa Kerajaan Negeri Sarawak telah mengambil pendirian supaya dua petisyen itu tidak
00:32digabungkan.
00:33Namun Kerajaan Negeri Sarawak mencadangkan supaya kes mereka didengar dahulu diikuti dengan petisyen Petronas.
00:40Petronas bagaimanapun mahu petisyennya didengar terlebih dahulu mengikut turutan tarikh pemfailan petisyen masing-masing.
00:48Jelas Das Petronas memfailkan petisyen pada 10 Januari lepas dan memperoleh kebenaran di bawah perkara 4 Kurungan 4 Perlembagaan Persekutuan
00:57pada 16 Mac manakala Kerajaan Negeri memfailkan petisyen pada 23 Februari.
01:03Beliau berkata cabaran Petronas membabitkan undang-undang negeri Sarawak manakala petisyen Kerajaan Negeri Sarawak melibatkan undang-undang persekutuan.
01:12Sementara itu, Kerajaan Sarawak juga mahu mahkamah persekutuan memutuskan terlebih dahulu isu awal berkaitan perintah era kolonial,
01:21perintah dalam majlis kurungan perubahan sempadan Sarawak 1954 yang berkaitan dengan sempadan Sarawak dan Sabah.
01:29Hakim Rod Zariah menetapkan 1 Oktober ini bagi pengurusan kes untuk menentukan turutan pendengaran petisyen
01:36dan perkara berkaitan isu bantahan awal Kerajaan Negeri Sarawak.
01:40Pendengaran petisyen itu dijadualkan sementara pada akhir Januari tahun depan.
01:45Pada 16 Mac lepas, Mahkamah Persekutuan membenarkan permohonan syarikat minyak dan gas negara itu
01:50untuk memulakan proseding bagi mencabar keupayaan legislatif Dewan Undangan Negeri Dun Sarawak
01:56menggubal undang-undang tertentu dan memohon pengisytiharan beberapa undang-undang yang digubal oleh dun itu sebagai tidak sah.
02:04Petronas mendakwa Dun Sarawak tidak mempunyai keupayaan untuk menggubal, mengubah, memindah
02:10atau menyemak undang-undang berkaitan perkara di bawah senarai 1, senarai persekutuan, jadual ke-9 Perlembagaan Persekutuan.
02:20Sementara itu, Kerajaan Negeri memfailkan petisyen terhadap Kerajaan Malaysia dan Petronas
02:24memohon Mahkamah Persekutuan untuk menentukan keabsahan dari segi perlembagaan dan pemakaian berterusan
02:32beberapa akta persekutuan di Sarawak.
02:34Kerajaan Negeri mencabar tiga undang-undang persekutuan berkaitan petrolium
02:38iaitu Akta Kemajuan Petrolium 1974, Akta Pelantar Benua 1966 dan Akta Perlombongan Petrolium 1966.

Recommended